Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan_Budak2 i

Assalamualaikum

Hari nie pegi terawih dgn budak2. Adehhh.. tetiba lak aii anak2 buah nk ikut. So kami jalan kaki sama2.. i sorang je besar sikit yg lain dr drjah 2,3,4. Anak2 buah n sepupu. Memandangkan depa ikut, i solat terawih kat surau aje. sbb lebih dekat n x lama klu bbnding dgn masjid. Nnt budak2 nie main2 plak kat belakang..sapa susah.. hee.

Susah jgk jaga budak2 nie. Main je manjang. Main2 gaduh. Main2 gelak. Tgh2 jalan la bahaya sikit. Tau nak mainn aje. Lempang sorang sebijik baru tau! Hahaha. xde lah.. syg budak2 tu. minat nk g solat, minat nk pakai kain telekung. didikan dan asuhan dr kecil. Melentur buluh biarlah dr rebungnya bukan...

Depa solat dan 8 rakaat ja. Witir depa stop. Ngntuk katanya. kui3. X kesah lah.. esok or next2 penuh la tu.. i masa kecik2 dulu pun camtu jugak. smpai skg pun i kecik ! kita support usaha budak2 td k. hee

Lepas balik surau,depa mai umah plak. mintak ajarkan sns la. bi la. huhu. Kata cikguuuuuu. xpa2. silibus sekolah rendah, sapa2 pun reti kan. Hmm,rajin nye budak2 aku nie.

Till then, bye :)

Haa. nie bukan style anak2 buah i. hehe

PESAN UNTUK BUDAK2 DI SELURUH DUNIA :

BELAJAR PANDAI2
SOLAT RAJIN2.
:)

Ramadhan 5_ Tom yam campur pulak

Assalamualaikum

Hari nie konon2 blog nie pasal resepi k? hehe. Pose ngn tak pose sama je.. fevret ttp tom yam.
 
BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

500 gm sotong
500 gm udang
300 gm ayam
300 gm daging
1 peket cendawan
2 peket pucuk jagung
1 batang carrot


BAHAN B:

2 kiub stok tomyam / 8 sudu pes tomyam
8 biji cili api- dititik
2 biji limau nipis- ambil jus saja
1 biji bawang besar
3 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

* Kalau guna kiub tomyam Maggi selalunya kuah akan jadi masam so tak payah guna jus limau nipis .


CARA MEMASAK :
1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, lengkuas , bawang besar/putih, serai,cili api dan biar sampai kuah mendidih. Kemudian rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau.

3) Masukkan semua bahan B kecuali udang /sotong dan kacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.

Senang ! :)
sumber : blog org,tp lupa dah. sorry you.