Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Showing posts with label Blogger girl. Show all posts
Showing posts with label Blogger girl. Show all posts

Friday, May 12, 2017

Hashtag throwback

Assalamualaikum

Baca tajuk pun dah tahu kan, hari ni entry bergambar yang throwback je.. hehe. Bukan tak ada bahan lain, ada je. (sampai confuse nak update ke tak) Tapi tetiba rasa nak tb outing kami 3 bulan lepas. So perkenalkan... kawan-kawan Rara.. hehe.

Mek Cah (Hazanis) 
Nur (Wan Nur) 
Qiqi (Qiqiey Khairuddin) 
Mar (Mariatul Faridah) 

Usually, ada lagi sorang iaitu Anis Zahirah tapi masa ni beliau sedang berada di luar negeri. Huhu. Hai Anis, nanti kita dating lagi yeee.

Dah lama tak jumpa kawan-kawan sebenarnya, sebab masing-masing ada life sendiri kan, macam Sasa ngan Nur tu, sibuk dengan bisness plus jaga anak. Hihi. Mar sibuk ngan bisness dia, Qiqi? Sibuk dengan kerja and study dan Rara masa ni sibuk jaga perut..baru balik dari Sabah (Mengandung almost 9 bulan dah wei. Haha) Masa ni Rara ada di Kelantan sebab dah mula cuti bersalin. So dapatlah jumpa kawan-kawan semua.. Hee. 



Sasa, Rara & Nur 

Melayan anak Nur :) 

 wefie :)


Oh ya, Mar masa ni sedang pregnant juga... dalam  6 or 7 bulan kalau tak silap. (Sekarang dalam pantang dah) 



Anak-anak penyeri suasana hehe. Geram tengok bebudak comel ni, rasa nak kunyah-kunyah je ! Licha and Medina, muahhhh! 


Outing kami tak lama sangat pun, yela mana leh nak lama-lama macam anak dara dulu dah. Ada anak dan suami untuk diberi perhatian lebih. hehe. Lepas makan2, gosip2, wefie2,window shopping sikit, balik ler. 

Well thanks girls for your precious time, hope to see you again next time. Till we meet again.. Outing kali ni Rara dapatlah serba sedikit ilmu menjadi mak yang disampaikan percuma oleh ummi Mek Cah dan Ummi Nur ni.. heee. 

Adios ! :) 

Credit : Pictures from handphone korang.. Gallery whatsApp. Haha. #throwback 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Monday, June 16, 2014

Bersama eWana.fm @ Segmen Hai Blogger !

Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas, Rara dan Ena (Aina Roseberry)  berpeluang untuk memeriahkan konti  eWana.fm dalam segmen Hai blogger ! :)  Kami  dijemput oleh  orang kuat  Hai blogger iaitu Halim Brothers. Segmen ini adalah untuk memberi peluang kepada bloggers bagi merasai sendiri pengalaman menjadi DJ dan berkongsi mengenai blog masing2 sepanjang waktu on air.


U olls mesti tertanya-tanya  pasal kewujudan eWana.fm ni kan? Haaa... Kalau u all  nak tahu, eWana.fm ni merupakan radio internet. Ia memudahkan pendengar berinteraksi secara live dengan DJ bertugas dengan menggunakan teknologi terkini secara audio, video dan elemen interaktif seperti internet chat, internet video call dan lain-lain.  

Kalau macam Rara sendiri, first time dengar eWana.fm ni masa Syasya Solero di jemput ke sana dan promote di fb dia. "Macam cantikkk je. Macam comellll.. jerrr."









Now,giliran kami plak ke konti ni.. tp bukan sbb viral video la..Hehe..Kami datang as a blogger. Alhamdulillah, teruja. First time masuk konti dan jadi DJ yang tidak terlatih. Hehe.  



Lokasi eWana.fm ini adalah berdekatan dengan Wangsa Walk. Sangat mudah untuk dicari kalau lepas nie rakan-rakan blogger lain nak join. Yaaa.. Tapi kami ni, sebab kali pertama pergi sana.. kami tak tahu jalan nak pegi eWana, tapi dengan bantuan Brado Kapak, kami selamat sampai. Thanks BK ! *Dengan muka baru bangun tido lagiii.. hehehe*

Straight from ig ena. Sambil tunggu Brado Kapak 

Bila sampai kat sana, Halim jemput kat bawah. Tak perlu terkapai-kapai. Tq banyak2 :)  Lepas masuk konti, kami diberikan taklimat oleh kak Sya dan Halim sendiri, mengenai perkara-perkara yang perlu kami tahu mengenai segmen ini, cara mengendalikan benda2 alah dalam konti tu dan sebagainya lah.. Dan perkara yang paling penting, mestilah pengisian yang perlu kami kongsikan bersama pendengar eWana.fm. Bukan saja-saja sembang kosong ya.... ( padahal merapu jugak banyak,nerves! )

Study sebelum ke udara. Flyyyy

Antara perkara yang perlu kami buat dan kongsikan adalah promo hai blogger, pengenalan diri, pengisian blog, dan cara untuk hubungi kami serta perlu mempromosikan aplikasi terbaru Hai Blogger dan Facebook Page Hai Blogger!


Install ---> HaiBlogger! 

Start | Ena ngn Rara sama-sama ''Ena dulu lah ! Akak dulu lah ! Ena dulu lah !''  Hahahaa.. last2 okayy laa i olls kan kakak..kena la tunjuk contoh kat budak manja neh. Kan..Haha..Okaayyy kak Rara dulu..Mula2 susah sangat nak buat.. padahal just kena promote je kot. Tergagap la tersasul la terjerit la ter (tercirit tak de ok!) ter macam-macam la.. Pastu lama2 ok dah... cakap macam tengah present assignment jer. Poyo poyo poyo angattt... Lol.


*kalau salah cakap tu buat-buat tak dengar hokeh,jangan kutuk ! haha..*

Lepas habis sejam Rara ke udara.... wow terbang ke udara kau... Giliran Ena plak, masa Ena tengah ke udara, Rara snap-snap pictures. Sebab ena tak bagi masuk ! Argghhh. Segan kateko... hahakssss...

Bersambung.... 


 Hai semua, jemput dengar Rara membebel  perkongsian Rara malam nie, pukul 8 malam tau. Google jer www.ewana.fm . 

Terusssssssssssssssss..... 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, May 25, 2014

Food Review by bloggers @ U-Cafe Restaurant.

Assalamualaikum

Konon2 ini entry sambungan kepada entry tempoh hari, 

Yaa.. Memori kali pertama pergi food review, memang tak sangka yg blogger kena makan sebanyak tu. Hehe. Seronok.. Ekceli Rara nie bukan jenis ''pemakan tegar'' , tengok body la, kerempeng nak arwah =P Tapi bila ikut bloggers otai nie pergi food review, selera makan naik mendadak. haha.... 

Aina Roseberry nie la yang bertanggungjawab bawak Rara..Kalau dia tak ada, memang tak kan pergi kelumpo sorang2... mek maroh.. he. Tq Aina. XoXo ! Thanks juga kepada kak Ida Baharum sebab approve blog Rara. :) 


 Nie air yg Rara pilih.Fresh Lemon Honey Drink. 
Sampai2 kunyah anggur dalam tu dulu. Ngapp. Ngapp. Sedap sangat,errr mintak dua gelas lg boleh? 


Nah.. antara menu yang kami cuba. Semua sedap... kalau tak caya tengok apa yang dorang tulis kat blog masing2. Dorang pandai tulis, iteww merangkak rangkak. Hihi. Malu. 



Ok selamat ber-blogwalking u olls =p

 
 Yang nie tak nak ulas apa2. No komen please. Heee. 


 Nie Rachel. Dia tengah terangkan pasal makanan2 yang disediakan kepada kami. Dari segi style, pakej,harga dan lain-lain. Sorang lagi Jonathan. Mereka ni manager restoren ni. Siap bagi kami taklimat lagi, bagusnya.. senang kerja kami.Semua maklumat dah sedia ada. Camni arr manager terbaikkk :) 


Camni arr kalau nak jadi  blogger food review.. umm umm ambik gambar dulu baru boleh makan... hehe. Tu belum masuk part selfie dgn makanan lg tu :) 


 Jangan marah ea nak tempek gambor dinding.... Smart kan? 


 Mari2.. mari pilih menu minuman... istimewa di U-Cafe Wangsa Walk 

Next... curik gambar dari blog Ena. Lawa sikit. Tab Rara kamera belakang mcm... *&% :) 
Memandangkan Rara nie pemalu plus sopan santun (uwerk!) so bergambar pun ngan kakak and adik2 jer... hee.. heee... Segan ekceli..semua baru kenal.. Ngan Ena sendiri pun baru first time keluar sama-sama walaupun tinggal berdekatan. Tapi sekarang nie dah hampir tiap hari kuar sama-sama dah. Hee. 


 Oh memang tak pelik langsung kalau Rara paling pendek... hihi. Dalam gambar kelas pun paling pendek gak -_- mujur la kiut . *panggg sebijik*


Kite ngn blogger-blogger otai... Ahh segan la cmni. Kite ke paling kanak2 kat sini? *panggg lagi sebijik


 Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Thursday, May 8, 2014

Header blog paling lawa setakat ini . A review

Assalamualaikum

Hai readers. Lama dah Rara x update blog hasil taip 100% sendiri. =P
Bz laaa...sem 8 esaimen manyak... thesis plak asyik...(xleh tulis kat sini..lecturer baca) hehe... Dalam ke-bz- an ni pun.. xde lah bz sgt.. sempat je kalau setakat nak update status facebook meroyan 10 kali sehari.. upload instagram 3x sehari.. sempat jer...........

Baiklah,berbalik kepada pokok pangkal.... Pagi ni Rara nak review pasal blog Rara ni sikit.. Dua hari lepas baru siap header baru Rara...Pantas betul kwn Rara ni buat.. Malam tu chat ngn dia, pastu Rara cakap ''so bangun pagi esok kira blog Rara dah siap la ea? '' dia ckp Ya. Hebak ah ! ^_^ Jadi bila bangun pagi esok tu terus taip Masturarama2.blogspot ahhh.... yeayyyy! Comel ! Selain daripada header, Rara juga mintak dia letakkan link n ikon facebook,twitter,and instagram kat tepi blog Rara ni... ce tengok..ce tengok...pastu klik. Okay selamat berkenalan :) 

Header tu... Perkenalkan...Rara tempah dengan Sheda Ucu putih gebu... Sheda ni memang amek tempahan buat header blog... or blog dari A sampai Z. mana2 pun boleh... 


Blog Mastura Rama2..Lalu rama2 pun terbang...

Cantik tak...? hehe. opppsss insan dalam gambar bersama gitar pinjam tu abaikan la k, kita tengah present pasal header ni. Jadi kalau sapa2 nak tempah header jugak, dengan harga yang sangat berpatutan boleh la contact Sheda Ucu deh... Bagitaw je apa header impian u all.... Sheda akan realisasikan dalam bentuk pengeditan yang ringkas tapi amat menarik. Kalau citarasa Rara sendiri, mudah aje, perlu ada ciri2 warna pink, tagline Lalu Rama2 pun terbang, background rama2,dan tulisan mesti berangkai..  Jadi, terserah kalian nak macam mana..ya ? :) 

Okay guys, jangan lupa hubungi Sheda Ucu untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.... ya... 

Facebook : Sheda Ucu



P/s : Sheda, Rara suka header tu, gambar tu kan, nampak mcm Rara duk dalam cermin magic Barbie.... hee. Tengkiu sayang,.

ok bye. Kite nak g sarapan, roomate dah tunggu. Tata :)

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, November 5, 2013

Pictures bersama Hazanis.Blogspot & Summerlovecheery.blogspot.

Assalamualaikum

Salam maal hijrah everyone ! :)  Hari nie Rara cuti lg..hee. Best owkay bermalas-malas dirumah baflo banglo sewa ni sambil makan biskut.. Hewhew. 
Memandangkan cuti kan, aku duk lepak2 depan laptop tgk2 ape yg menarik dalam tu.. pastu jumpa la satu folder nie kan... nama folder pun kelassss kau, ''qiqi,caca,rara'' 

*tang caca tu kerlassss x??*
Folder gambar kami bertiga.. Aku,Qiqi, dan Mek Cah. Dengan rajinnye aku edit gambar nih kasi flawwwwwwless! Gitu... hohoo so u guys nnt jgn lah plak mengata mengutuk ye, aku dah bgtw nie gambar nie edit. Jgn nak expect lebih2 plak bila jumpa depan2 nnt..hee.

MOOD : RINDU NAK BALIK KAMPUNG-LEPAK DAN SELCA SAMA2



Dorang nie Rara kenal masa kat sekolah menengah lg, mek cah senior kitorang, Qiqi plak 1 kelas masa form 1. Pastu kitorang terus BFF.. Bila masa meningkatkan usia,masing2 pilih haluan masing2 berdasarkan minat dan cita2 tersendiri. Macam mek cah,dia g uitm dan berjaya dalam bidang blogging dia. Qiqi pegi UTEM dan selalu dapat anugerah atas otak genius dia dalam akademik dia tuh. Rara plak, pegi UPSI dan insyaAllah jadi cikgu 2 tahun lg.



Dah la edit, mekap plak tu ^_^ 
Jgn marah ye.. masa ni kitorang ada photoshoot.

Apa yg sama ttg kitorang, kitorang nie suka la bab2 tengok orang lawa! Hahaha. Dari sekolah kan qiqi kita duk main princess princess. Haha. Sbb tu skg kalau ada projek ke, event ke, apa2 lah yg berkaitan hijabista2 nie kitorang mesti pegi kalau ada masa. Sekadar hobi dan minat,xde plak niat nak jadi model full time berhijab tu. Hee. Terbaru, kalau nak tahu skg tgh hangat dengan Projek Hijabista. Rancangan yang bercirikan Islamiah bagi hijabis2 semua! LINK. Harus tengok ok. Lagi satu, klik SINI . Santapan untuk gadis2. 

**************
So, guys.
LIKE FOLLOW ADD

&
Qiqi - Wan Nur Aqilah 

  

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, October 19, 2013

GA October by Emas Putih

Assalamualaikum


Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi






Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, October 8, 2013

Petua dan cara hilangkan bintik hitam pada muka

Assalamualaikum

Tips nie untuk diri sendiri... Hehehe.... 

1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang

Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.

2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula

Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing

3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt

Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam

4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.

Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.

5.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur

Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.

6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah

Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu.

Hmm, ok, ok.. 
Kesimpulannya terdapat pelbagai cara untuk menghiangkan blackhead pada wajah kita, sama ada menggunakan kos yang tinggi atau yang rendah. Jika anda semua rasa tidak perlu membazir, maka cubalah petua yang menggunakan bahan semulajadi di atas. Selamat mencuba.



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, May 14, 2013

The New Way to Connect - WeChat

Assalamualaikum 


Do you even know what do students like to do in university...according to Jane?

And dehh.... Have u ever seen  Dwayne Johnson seeks help from Vin Diesel.Why?
                                       *********************************


Nowadays we got We Chat, which is is a social app that gathers all of your sharing and communication tools in one place, including video calls, text messages, and images. To fully experience the app, you'll need to get your friends to use it too, but it's a great way to connect with your friends across all platforms.


So to get started with WeChat, you'll need to create a user ID and password, which requires you to enter your phone number and a four-digit code that is sent to you via text message. The app will need access to your Address Book, which is par for the course with this type of chat/text app. The interface has a very simple design and no ads to accidentally tap, which we greatly appreciated as well.


Remember four navigation buttons line the bottom of the screen? Its Chats, Contacts, Social, and Settings. The Chats screen lists your most recent chats, so you can continue a previous conversation or start a new one by tapping Magic Wand in the right corner. We got a friend to download the app and were able to text back and forth without any trouble. We loved the Web WeChat feature for moving from an iPhone to a PC, which was simply a matter of visiting the site on our PC and scanning the QR code using the app's scanner. In a matter of seconds, we were ready to chat with our other WeChat friends on our PC. If you're brave, the Social feature lets you look around for other WeChat users to chat with, or browse your own contacts. There is a very ample Settings menu for updating your WeChat profile, adjusting privacy settings, and browsing a helpful FAQ.

With the explosion of smartphones has come an explosion of social apps. WeChat stands out as a viable contender and we recommend it to all users.



Read more: WeChat - CNET Download.com http://download.cnet.com/WeChat/3000-12941_4-75703835.html#ixzz2TFqRdEtv








Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, April 13, 2013

Jom wechat ^_^ Eyyyyyyy !

Assalamualaikum semua.. :)


Dalam kesibukan Rara meneruskan tugasan demi tugasan yang ngak bakalan siap dalam masa sehari dua saja ini, sempat juga intai2 laman sosial facebook dan blog seminit dua. Tapi petang nie nak ambil beberapa minit lebih untuk ehem2 cakap pasal aplikasi baru yg tengah howttttttt bak outfit2 dari MJ Collection yang lawa cun melecun tu. (Like hello owner dia my friend owkay! Trust her ^^)  
*********
Aplikasi yang Rara maksudkan yg tengah hangat sekarang tu tak lain tak bukan,WeChat - lah kan? tajuk entry pun Jom WeChat -_- 
^_^
WeChat nie kalau u guys belum tahu,i kasi tahu jap ea. Mendenye sama lebih kurang r dengan whatsup tu BUT WeChat,i'm telling u, lebih advance lah dari aplikasi yang lain. WeChat  bagi kita peluang untuk  berbual dengan cara yang baru and special, terutama untuk berhubung dengan rakan-rakan di seluruh platform mudah alih. pergh Rara.. kosakata ayat kaw.. +_^

Rara belum habis explore lagi aplikasi we chat nie, yelah i bz yawww. Thesis dah mula. So kalau u guys ade kemusykilan or ketidakfahaman apa2,boleh la rujuk http://www.wechatapp.com atau  intai2lah page di Facebook https://www.facebook.com/wechatmalaysia. Owkay dear? Kalau nak rujuk Rara pun boleh jugak..tp x tau lah bila boleh respon tu. Hewwww.

Heee nampaknya masa sudah mencemburui kita. Thesis tengah tunggu Rara! Teruja sangat nak dating dengan thesis. =_=   huaaaaaaaaaaaaa..
Sebelum menamatkan hujah2 bernas saya , saya selaku ADUN kawasan Wechat dengan ini menjemput seluruh rakyat yang bijak yang mana memiliki telefon pintar mudah alih,ayuh!Jemputlah ramai2 add saya. 
masturarara

Jom we chat ! 



Tp buat masa skg Rara bz. Ada masa nnt kita sembang2 ye? Jom wechat . 
Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, March 27, 2013

Kejelitaan Adalah Hak Milik setiap Insan ^.^V

Assalamualaikum semua..:)

Menarik post dari Lynda Lee hari nie. Tq Lynn,bg izin.hee  <3


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.  Dia perlu menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.
Jaga Perkataan. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Boleh lawati page kecantikan di sini <3 http:// whitening cream etc. com

Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

 Jangan rock-rock tau ^_^ 

Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


Terima Kasih kerana membaca ^.^

P/s : Fail aku. Fail terukkkkkk! 

Yang part menjeling tu paling ketara. :( huhu. Keterukan yang berganda sbb kat dia lah paaaaaaaaaling kerap aku jeling. Pantang x puas hati sikit . Adoiii. i need to change! cyaiyokkk

She is.. Lynda Lee. Adorable ! 


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, February 27, 2013

Dilamar photoghrapher sendiri

Assalamualaikum

Gambar masa photoshoot dengan 2 org photogh terkenal Kelantan tempoh hari :) Bila rasa dah agak2 ketandusan idea,timbullah idea kita main2 lah kejap kot2 ada idea. Nie lah hasilnya.... 
Main2 aje taw... jgn maraaaaaaaaaaaaaaaa ^____^ 


Sudikah awak menjadi suri kepada dapur saya??? Sbg orang gaji yang tiada cuti?
Hehe. 



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, February 24, 2013

Who's Next Talent 2012

Assalamualaikum semua.. :)

Sebelum berakhir 2012 tempoh hari,saya telah pun berkolaborasi dengan seorang photoghrapher yang sempoi untuk menjayakan 1 event khas untuk mencari talent beliau dan menjadi model kepada saya. *Model apa? Apa? SERPERAISSSSS ! Xleh bgtw lagi naaa... syyshhhh. Sape2 yg dah tahu tu diam2 tau. Biar pecah dimulut jangan pecah di perut buncit 

The photoghrapher : 

(maka dengan itu anda adalah orang2 yg sempoi kat Malaysia nie,,harr harr :) 

Ok? Jom Rara nak ajak kalian semua tgk gambar. Kira mcm gambar2 behind the scene la. Gitewwww...
Nah?
Ya sy bersama Aini. Talent aka bendahari :) *kecik gile haku neh.adoi.
Rosma kat belakang,the brown.. Dia sweet n cool! :) 
Eisya & Shera dgn pose ladiesnya :) 
Crew*ececehh | Tyra
Sediakan aksesori simple2 utk talent yg memerlukan hiasan. Ewahh kaw. 
The next talent
We start it now ! 
Yana & Ayu 
Cekedingggg ding2
Mereka kembar! Sorang minat photoghrapy sorang  tak :)  Peneman setia..
Ridzuan,Fatin, & Eisya :)

****************Pictures above  by Kelly mementokami.blogspot **********************

Okay itu saja..........
Terima kasih kerana menyertai event suka suki di kala muda remaja ini. Hehe
Next info,next entry! 
 <3 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts