Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Sejarah konsepsi psikopatologi

Konsepsi sejarah psikopatologi memberikan satu paradigma tentang bagaimana individu atau masyarakat zaman dahulu mengkonsepsikan sesuatu kecelaruan mengikut kaca mata mereka serta keadaan zaman tersebut.Terdapat tiga sejarahnya iaitu konsepsi kuasa semulajadi,konsepsi awal biologi dan konsepsi psikologi. Punca abnormal zaman nie ; 

1.Konsepsi kuasa semulajadi

-tingkah laku abnormal disebabkan oleh mana-mana agen atau fenomena yg diluar kawalan kuasa manusia.
-antara pengaruh kuasa semulajadi yang berkemungkinan menyebabkan sesuatu kecelaruan adalah ;
PUNCA
  • demenology .demon,syaitan
  • penganiayaan ahli sihir
  • dosa
  • rasukan.possession.yang mengakibatkan mass histeria-merebak
  • pergerakan bulan dan bintang. -datang bulan


RAWATAN
1. Threphining -tebuk tengkorak,kaluarkan bendalir.
2.Exorcism -ritual yg mengeluarkan kuasa2 jahat. .Guna bawang putih.
3.Torture - seksa dr fizikal dan mental
4.Pengaruh gereja dan biarawan .nasihat. (islam;ustaz baca ayt quran)
5.Kuasa perundangan  yg mengarahkan agar pengurungan dikuatkuasa. - ikat,pasung.
6.Tilikan. - tgk ado gapo dale tubuh dio.

2.Konsepsi awal biologi

-disebabkan sesuatu yg semulajdi sama ada secara fizikal atau penyakit dan BUKAN dr kuasa semulajadi.
-dipelopori Hippocrates.
-tingkah laku devian adalah petunjuk kepada patalogi -penyakit-otak (Kalau dia tu devian,ada something la tu xkena dlm kotak otak dia
-otak normal berdasarkan 4 cecair
  1. .blood
  2. black bile
  3. yellow bile
  4. .phlegm -tok tau sebut gano eh.

-usaha penjelasan hippocrates diteruskan oleh Galen.

RAWATAN
  • -Bloodletting - cucuk2.bekam
  • -rehat
  • -nutri seimbang
  • -vomitting -uweeekk uwekkkrkk


3.KONSEPSI PSIKOLOGI

-manusia tidak normal disebabkan oleh budaya dan sosial.
1.Moral teraphy
-rentetan revolusi dr rawatan konsepsi kuasa semulajadi.(org abnormal dikurung n diasing)
-konsep ini,mereka yg abnormal akan ditempatkan di institusi yg lebih bersifat kediaman dan kemanusiaan
-dr tempat pengurungan manusia kepada asylum -rumah rehat- .

 prinsip2 moral terapi
. melayan penghuni senormal mungkin dlm setting pemulihan
.kakitangan memodelkan perlakuan yg sihat.
.pelbagai topik syarahan yg sihat dan positif diberikan untuk perkembangan diri penghuni
.pengasingan diri dielakkan
-pendekatan ini baik dan membantu
NAMUN tidak dapat bertahan lama.

SEBAB2NYA ;
  • Penggunaan dadah dalam rawatan
  • Kurang dr 1/3 penghuni yg pulih sepenuhnya
  • imigran- jd perang.imigran masuk US.( dakkk.hat nie aku x paham)
  • Gerakan oleh dix (natang pa nie?) yg memberi kesan penukaran moral theraphy konsep penjagaan
  • Penerimaan idea bahawa kecelaruan mental adalah disebabkan oleh patologi otak
Sejarah awal psikologi ini juga dihuraikan dgn 3 pendekatan utama :
  1. Psikodinamik
  2. Kognitif Tingkah Laku
  3. Humanistik
Hat nie susah nk jelaskan kot alam maya nie. rujuk buku psikologi abnormal cik amy mukasurat10. :)
Chilllll out,yawwww !


Saturday, July 9, 2011

Universiti...untuk wanita? heee

thanks to you all :))

Boys,listen up here. Did u know that females make up 60% of all university students? I’m very sure about this as i read it in the papers.Sesetengah boys akn ckp mcm nie ;
“wow,thats great! The girls must look up to us! ‘’

Ew.X betul la korang2 yg akn ckp mcm tu. Korang patut ckp mcm nie tau
“ thats mean we’ll have a better chance of getting into university.So,lets cash in on this onformation to motivate ourselves.”

___if i were a boy la___

Example : hanya seorang shj lelaki dlm kelas sy

Baca rencana nie ;

Bilangan ke IPTA tahun ini masih didominasi pelajar perempuan
BILANGAN pemohon perempuan pada kemasukan tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki. 


Berikutan itu, jumlah pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.
Bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki bagi permohonan dalam semua kategori kaum yang meliputi 44,305 Bumiputera, Cina (12,342) serta India dan lain-lain (4,581).
Bagi kategori Bumiputera, 68.8 peratus atau 30,471 permohonan diterima daripada perempuan berbanding 31.2 peratus atau 13,834 lelaki, Cina (62.4 peratus atau 7,701 perempuan, 37.6 peratus atau 4,641 lelaki), manakala India dan lain-lain (62.7 peratus atau 2,874 perempuan dan 37.3 peratus atau 1,707 lelaki). 

Malah, bilangan calon perempuan jauh mengatasi lelaki bagi permohonan program lepasan SPM/setaraf dalam semua kategori kaum dengan Bumiputera 60.25 peratus, Cina atau 62.87 peratus dan India serta lain-lain 61.56 peratus. 

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan. 

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian. 
Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki). 

Sumber itu berkata, bagi program lepasan SPM/setaraf, 21,032 atau 58.50 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 14,919 atau 41.50 peratus lelaki, Cina (351 atau 58.50 peratus perempuan dan 249 atau 41.50 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (205 atau 58.74 peratus perempuan dan 144 atau 41.26 peratus lelaki). 

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini. 

Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki. 

Sementara itu daripada jumlah tempat ditawarkan IPTA bagi program ijazah pertama, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului senarai dengan mengambil seramai 4,392 pelajar baru, diikuti Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717). 

Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973), Universiti Malaya (UM) (2,819) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406). 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia/UDM) (881), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260).