Monday, December 3, 2012

EMAS PUTIH SAYANG

Assalamualaikum
UZU
Nah bunga utk awak,thank tolong kite. thank thanks. 


Hari nie Uzu ajar cara upload gambar dgn kaedah lain sbb sy punya quota upload gmbr dah limit :(
Thanks uzu...
Sbnrnya kitorang dah try tutorial utk bg boleh upload gmbr tu, tp x jadi jugak ! huhuuuu... sedihhhh

Oh ye kawan2, mari berkenalan dgn Uzu cantik comel putih gebu kat sini ;


Ok jgn lupa lawat tuan tanah tu tau. blogger femes tuuuuuuuuuuuuuuuu :) 

rara nak g mandi,bucuk! hehe. bye..

Saturday, December 1, 2012

Dari Mastura kepada Rara

Assalamualaikum... Dear Rara, disini ada beberapa lagi tugasan yang kamu perlu siapkan untuk submit hari2 sepanjang minggu ini bermula esok.
Sebelum itu kejap2 kita tukar topik. Klik sini ye wahai perempuan ! SINI 



-MORFOLOGI BAHASA MELAYU 

  •  Edit teks yg diemailkan  =RABU/KHAMIS
-KELOMPOK KAUNSELING   

  •  check DVD rakaman dan buat laporan penuh =RABU
  •  presentation & assgnment kumpulan             =KHAMIS

-KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA 

  •  presentation = ISNIN



-PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

  •   edit RPH (lagi)
  •   ada keje tambahan,sila rujuk rakan2 sbb kau ponteng kelas hehe.
        = ISNIN/RABU



-KOPERASI 

  • Jurnal kumpulan  
  • Apa lg ntah,sila rujuk housemate :) = SABTU



- 2P ''sistem barter'' =KHAMIS



Loves,Mastura 
klik here 

Pesanan Rara juga 
Senyumlah menghadapi tugasan..dan senyuman yg indah sptku boleh bermula di SINI 
Akhir kata, dengan RM1O anda boleh kelihatan cun melecun macam INI  so
renung-renungkan dan selamat berbuat tugasan duniawi kau.

Friday, November 30, 2012

Aku rindu

Assalamualaikum

Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah,

Yakinlah itu juara lagu rindunya aku

Sebabnya tika itu aku sedang rindu.
Aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,

Kerana aku bukan Yuna 
Walau aku rindu
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.

dan saat ini kau tiada dalam angan, aku lemah menagih kewujudanmu.

Semata-mata aku rindu

Kembali, please.
Aku rindu.




Loves, Rara cun  here

Edited from Zahiril Adzim's


Wednesday, November 28, 2012

Jadual Final Exam Rara

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah keluar.. :)

CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKP3053Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah31/12/201209:00 AMB09-0-BK0126
2KKG3023Kelompok Kaunseling02/01/201309:00 AMB03-3-BK0943
3KKS3033Kaunseling Pelbagai Budaya03/01/201309:00 AMB10-0-BK0176
4BML3043Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu04/01/201309:00 AMDewan Besar UPSI136
5BML3053Morfologi Bahasa Melayu05/01/201309:00 AMSITC366






Ruang imaginasi aku sendiri

Assalamualaikum


Helaian demi helaian aku semak dan baca semula 'aku yang dahulu'. Yang dahulu yang ternyatanya dalam tempoh hari - hari tidak berwarna, penuh rabak dan pedih. Tapi percaya atau tidak, aku tak mungkin dapat menyatakan apa yang aku rasa hari ini ke atas kertas seperti yang pernah aku lakukan. 

Aku sedar bahawa dahulu aku hidup dalam ruang imaginasi aku sendiri. Yang sebenarnya dimiliki setiap orang. Sebuah ruang yang aku panggil ruang infiniti tidak bergraviti, yang mana ruang itulah yang mengajar siapa diri kita hari ini. 

Ruang untuk kita kenali diri kita, ruang untuk kita selongkar apa fungsi diri, ruang yang telah banyak mengajar kita tentang hidup. 

Kerana setiap kali kita bertanyakan siapa nama kita pun, kita akan memasuki ruang itu. Apatah lagi bertanya pada diri sendiri tentang apa yang hendak kita lakukan, apa yang telah kita lakukan. Pendek kata, 

setiap kali kita berfikir, kita berada di dalam ruang itu. Itulah dunia kita yang lagi satu .

Hari ini aku tak yakin aku punya lagi ruang yang mewah seperti dulu. Hari ini pada aku sudah lain, usia sudah meningkat yang menolak aku untuk bertanyakan soalan - soalan fasa yang baru. Yang bertanggungjawab. Sama sekali tidak sama. Dengan tuntutan kerjaya yang menghimpit aku setiap hari. Tapi malam ini, aku kembali ke ruang itu lagi dan mengharapkan..

Agar kembalikan ruang itu...


Zahiril Adzim

Apabila jasad dan roh
tidak mahu berpadu.