Tuesday, January 8, 2013

Kau ! Tengku Fatin Fadzil

Assalamualaikum

Holo ! Holo holow ! Ahaaa. Nie trademark TFF u know?!


Kenal x dia? kenal x ? Vlogger hot generasi kini. Check la,, channel dia kat youtube.

Sekali kowang tgk video dia, kowang menyampah. 2x tgk video lain pula, naik ewwww please la. 3x tgk video lain pula, kowang akan ase yesss, i admit it. u got that point. Keep do more videos Fatin !! Yeahhh

Yayayaya dah lama aku perasan budak ni ada kat youtube. Aku nampak dia pakai spek gedabak besar. Pastu mula dengar apa yg dia nak ckp,lama2, wah budak nie sweet la :) bila dah suka2 i rasa budak nie lama2 makin cantik. And i rasa one day, dia akan feminin. Alaaa. mcm kite2 ! ^_^


 gigi mahal tuuuu ! =p

#pics copied from her facebook#

To dik Fatin, yes teruskan buat video sbb idea2 budak muda mcm kita2 anda diperlukan dalam arus perdana ini ! Jgn lupa study dulu sebelum ckp kat video jugak ea. Lagi bernasssss. gitewwww.

Her PAGE . Like kalau suka ! mesti suka punyalah :) 

Aku mahu waktu itu , lagi . .

Assalamualaikum

Dan sang suara pun memanggil aku, yang melintas menundukkan kepala meratap bumi,


Sunyikan suara dan laungan mu, bukan watak itu.

Setiap hari aku memandu dengan telinga yang menghirup melodi sama kekal. Sebenarnya roda kereta tidak jejak jalanraya. Kerana aku terbang.

Melayang - layang bersama melodi. Mengangkat aku dari realiti. Untuk lari.

Kalau di bumi, aku tak mampu senyum. Kecuali sedang terbang, sedang lari. Babak - babak dengannya aku heret sekali ke langit.

Waktu itu. WAKTU ITU. Semuanya di dalam waktu itu. Aku mahu waktu itu, LAGI.

Takpalah.
Hati, jangan paksa aku, please.
Zahiriladzim.blogspot



Sepertimana aku melalui kelopak-kelopak  yang basah 
sebab kau enggan memberi senyuman depan aku 

dan aku cuba memaksa agar engkau menuruti rindu aku 
ia tak pernah berhasil kerana cinta itu bukan boleh dipaksa

Saturday, January 5, 2013

APA YANG KITA BOLEH BUAT LEPAS HABIS SEMESTER

Assalamualaikum

Holo !

Well.....saya dah pun habis exam semalam tp yes masih stay kat UPSI nie sbb lagi tak kurang seminggu, i ada program nak kena join demi elaun pengalaman . haha.  *Bukan program sehebat INI  tp mmg berbaloii..

So ! Ceritanya i nak tulis APA YANG KITA BOLEH BUAT LEPAS HABIS SEMESTER

1. Bangun lambat tanpa perlu alarm clock pukul berapa kena bangun hari nie, so just bangun naturally dgn berkualiti dan yg paling penting, sempat merasa dua keadaan lepas bgun tido :

  •  Feeling2 rambut kusut masai tp cantik mcm Taylor Swift bru lepas menari kat stage mtv awards.
  •  Feeling2 rambut kusut masai tp astaghfirullaha'azim mcm kuntilanak atau mak lampir.

(Tp please la. please la bgun solat subuh. Tido balik lepas subuh tak elok,tp terus tido tanpa bgun subuh laaaaaaaaaaaaaaagi tak elok. Plus dosa,masuk neraka kau. nak? (pesan kat diri sendiri)

2. Boleh elak  mandi awal 6.30 pagi. Hooreyy ! Ya Allah sukanyaaa .

2. Tido siang tanpa rasa bersalah terhadap tugasan yg tak pernah habis selagi x study week

3. Basuh baju dengan tangan berbakul2 tanpa perlu menjimatkan tenaga untuk kelas,tugasan,meeting,discussion. (baju banyak tp bila nak guna,aaaaa nak pakai bju mana nie???) klik SINI kalau x cukup seluar jugak !

4. Makan megi tanpa pedulikan pesan mak and boyfie
- mak pesan : Jgn mkn megi,nnt sakit buah pinggang macam anak ayah ngah,tiap bulan kena g  hospital,nak duk berejam jam cuci buah pinggang? mak tak nak teman.. baik duk rumah memancing.
- boyfie pesan : Jgn mkn megi, megi tu dia salut dengan lilin,sebab tu dia keras,lepas rendam air baru mengembang. Makan lah lilin byk2,lama2 kena kanser otak.  (sedikit keliru tp ah, akur)

5. Update blog tanpa jimat tenaga jari untuk menaip yg sepatutnya digunakan untuk taip assignment. Huhu.

6. Buat bilik macam bilik princess, just letak benda2 yg kite suka - thats means sorok buku ilmiah elok2 dalam almari n jangan bukak2 lg. Pamerkan kembali novel n majalah je dalam bilik bersama brg2 yg tak membantu perkembangan minda kelas pertama mcm alat pelurus dan penggulung rambut, koleksi teddy bears kecik2 khas untuk sepahkan kat katil nnt tanpa rasa serabut mata, hias bilik seolah2 bukan bilik student,dan ah,mcm2 ! heavennyaaaa..

7. Picit clogged pores dgn kuku atau guna alat, baring sambil letak hirisan timun atau kantung teh di atas mata. Ahhh... terapi..

8. Nnt kite fikir lagi, byep ! ^_^

Kurang suka sem nie sbb ada kelas malam. Morfologi :p

Friday, January 4, 2013

Perit ini akan kembali

Assalamualaikum

Nyanyikanlah keresahan mu dalam tulisan,
Goyang - goyangkan agar ia lalai,
tentang pedihnya kenyataan,
Lenggokkan tubuh,
Ke kiri dan ke kanan,
Agar keresahan, memujuk jiwanya sendiri,
Tarikanlah ia mengejek rentak dengki,
Mengubati luka - luka,
Hirisan duniawi.
Perit ini akan kembali.
Bukan janji, tapi pasti.

Penyembuhnya bukan dihujung dunia,
tapi tercipta dalam diri.

Pujuk lah diri ku sendiri.
Walau pupus cinta dari sanubari.




poem edited by zahiril adzim

Aku bukan Izzah Ombak rindu

Assalamualaikum

Buat tatapan cahaya,
hati berlagu duka..
aku bukan Izzah Ombak rindu..
yang boleh pasrah,
sebab aku tak kan menyerah..

Allah bagi aku satu hati. Aku tahu.. jadi aku tak mampu bagi hati aku
pada dua kecintaan yang aku sedang ada, atau yang aku mampu ada.
aku boleh ada tiga. atau selebihnya...
Tapi sekurang- kurangnya sekecil- kecil hati itulah, aku belajar bagaimana membahagikan cinta...
Dunia akhirat, kedua ibu bapa,
mereka yang berjasa....
Dan dia.
Ya dia. Dia yang mungkin ditakdirkan bersama untuk bersama bertanggungjawab menanggung dosa...
dan aku bertanggungjawab untuk hak mutlak nya.

Aku bukan Izzah Ombak rindu..
menangis tanpa suara sedangkan dalam hatinya lemas air mata..
Aku belajar psikologi. Aku tahu aplikasinya...
Aku sendiri yang enggan selaminya..

Aku bukan Izzah Ombak rindu,
setia sang pencinta kerana cantik paras dan budi agamanya.......

Aku bukan Izzah Ombak rindu,
aku tak rela...