Tuesday, January 8, 2013

Harapan_Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen.

- 31 Disember 2012

Puisi untuk emak

Assalamualaikum

Kali nie biar orang yang pegang tangan mak.
Kita lintas lah sama2 jalan rindu nie
Nanti kita patah balik ea?

Org tau mak rindu ayah
gilatakrindu, mak tidur dgn ayah :)
Org rindu ayah,sbb ayah pujuk org makan,kalau org merajuk dengan mak
Orang rindu ayah dengan mak.
Mak tahu x?

Dan orang harap ayah ada dan suruh adik baca ayat jiwa nie depan mak ngan ayah.
Sebab segan la i nak baca depan mak ayah! haha.

Tak. Bukan segan sangat pun..
Tapi alah,ayah bukannya ada lagi.
Ayah dah pergi, lama pulak tu.
x pernah kembali dah lepas orang cium ayah sejuk2.
Masa tu ayah berbalut putih.
Kapan.

Sampai hati ayah kan mak.

Tak ada 1 pun shopping kompleks yang boleh buat org lupa pasal ayah
Tak ada seorang photoghrapher pun yang boleh buat org gembira tanpa ayah
Tak ada sekejap ketika pun orang tak ingat ayah.

Orang tak nak tulis lagi. Orang cuma nak mak tahu, orang sayang dan rindu mak
Dan harap arwah ayah tahu org pun sayang dan rindu kat dia.
Al Fatihah...


Muahhhhhhh . 

Kau ! Tengku Fatin Fadzil

Assalamualaikum

Holo ! Holo holow ! Ahaaa. Nie trademark TFF u know?!


Kenal x dia? kenal x ? Vlogger hot generasi kini. Check la,, channel dia kat youtube.

Sekali kowang tgk video dia, kowang menyampah. 2x tgk video lain pula, naik ewwww please la. 3x tgk video lain pula, kowang akan ase yesss, i admit it. u got that point. Keep do more videos Fatin !! Yeahhh

Yayayaya dah lama aku perasan budak ni ada kat youtube. Aku nampak dia pakai spek gedabak besar. Pastu mula dengar apa yg dia nak ckp,lama2, wah budak nie sweet la :) bila dah suka2 i rasa budak nie lama2 makin cantik. And i rasa one day, dia akan feminin. Alaaa. mcm kite2 ! ^_^


 gigi mahal tuuuu ! =p

#pics copied from her facebook#

To dik Fatin, yes teruskan buat video sbb idea2 budak muda mcm kita2 anda diperlukan dalam arus perdana ini ! Jgn lupa study dulu sebelum ckp kat video jugak ea. Lagi bernasssss. gitewwww.

Her PAGE . Like kalau suka ! mesti suka punyalah :) 

Aku mahu waktu itu , lagi . .

Assalamualaikum

Dan sang suara pun memanggil aku, yang melintas menundukkan kepala meratap bumi,


Sunyikan suara dan laungan mu, bukan watak itu.

Setiap hari aku memandu dengan telinga yang menghirup melodi sama kekal. Sebenarnya roda kereta tidak jejak jalanraya. Kerana aku terbang.

Melayang - layang bersama melodi. Mengangkat aku dari realiti. Untuk lari.

Kalau di bumi, aku tak mampu senyum. Kecuali sedang terbang, sedang lari. Babak - babak dengannya aku heret sekali ke langit.

Waktu itu. WAKTU ITU. Semuanya di dalam waktu itu. Aku mahu waktu itu, LAGI.

Takpalah.
Hati, jangan paksa aku, please.
Zahiriladzim.blogspot



Sepertimana aku melalui kelopak-kelopak  yang basah 
sebab kau enggan memberi senyuman depan aku 

dan aku cuba memaksa agar engkau menuruti rindu aku 
ia tak pernah berhasil kerana cinta itu bukan boleh dipaksa

Saturday, January 5, 2013

APA YANG KITA BOLEH BUAT LEPAS HABIS SEMESTER

Assalamualaikum

Holo !

Well.....saya dah pun habis exam semalam tp yes masih stay kat UPSI nie sbb lagi tak kurang seminggu, i ada program nak kena join demi elaun pengalaman . haha.  *Bukan program sehebat INI  tp mmg berbaloii..

So ! Ceritanya i nak tulis APA YANG KITA BOLEH BUAT LEPAS HABIS SEMESTER

1. Bangun lambat tanpa perlu alarm clock pukul berapa kena bangun hari nie, so just bangun naturally dgn berkualiti dan yg paling penting, sempat merasa dua keadaan lepas bgun tido :

  •  Feeling2 rambut kusut masai tp cantik mcm Taylor Swift bru lepas menari kat stage mtv awards.
  •  Feeling2 rambut kusut masai tp astaghfirullaha'azim mcm kuntilanak atau mak lampir.

(Tp please la. please la bgun solat subuh. Tido balik lepas subuh tak elok,tp terus tido tanpa bgun subuh laaaaaaaaaaaaaaagi tak elok. Plus dosa,masuk neraka kau. nak? (pesan kat diri sendiri)

2. Boleh elak  mandi awal 6.30 pagi. Hooreyy ! Ya Allah sukanyaaa .

2. Tido siang tanpa rasa bersalah terhadap tugasan yg tak pernah habis selagi x study week

3. Basuh baju dengan tangan berbakul2 tanpa perlu menjimatkan tenaga untuk kelas,tugasan,meeting,discussion. (baju banyak tp bila nak guna,aaaaa nak pakai bju mana nie???) klik SINI kalau x cukup seluar jugak !

4. Makan megi tanpa pedulikan pesan mak and boyfie
- mak pesan : Jgn mkn megi,nnt sakit buah pinggang macam anak ayah ngah,tiap bulan kena g  hospital,nak duk berejam jam cuci buah pinggang? mak tak nak teman.. baik duk rumah memancing.
- boyfie pesan : Jgn mkn megi, megi tu dia salut dengan lilin,sebab tu dia keras,lepas rendam air baru mengembang. Makan lah lilin byk2,lama2 kena kanser otak.  (sedikit keliru tp ah, akur)

5. Update blog tanpa jimat tenaga jari untuk menaip yg sepatutnya digunakan untuk taip assignment. Huhu.

6. Buat bilik macam bilik princess, just letak benda2 yg kite suka - thats means sorok buku ilmiah elok2 dalam almari n jangan bukak2 lg. Pamerkan kembali novel n majalah je dalam bilik bersama brg2 yg tak membantu perkembangan minda kelas pertama mcm alat pelurus dan penggulung rambut, koleksi teddy bears kecik2 khas untuk sepahkan kat katil nnt tanpa rasa serabut mata, hias bilik seolah2 bukan bilik student,dan ah,mcm2 ! heavennyaaaa..

7. Picit clogged pores dgn kuku atau guna alat, baring sambil letak hirisan timun atau kantung teh di atas mata. Ahhh... terapi..

8. Nnt kite fikir lagi, byep ! ^_^

Kurang suka sem nie sbb ada kelas malam. Morfologi :p