Thursday, April 4, 2013

Cuti kewwwwwwwww?

Assalamualaikum semua.. :)

Hari ini boleh dikatakan aku dapat tidur yang berkualiti. Ditambah pula Abc,, lagi lah sedap tidur. Hewhew. Anyway anyhow, simptom PMS aku bulan nie sangat baik. Alhamdulillah tak de cramp,xde hurt. Syukur... Cuma permainan hormon cukup hebat ah! Hebat gila. Semua benda bf aku buat,aku rasa tak kena.Semua salah. Sampai dia mintak putus dengan aku. How dare !!! 

Heheheeeee. Senang kan? Bercinta, putus. Semudah kata2. Tapi dalam hati,Allah saja yang mengetahui. 


Itu cuti yang pertama,,

Ini pula cuti yang kedua. Esok aku akan bertolak balik kampung. Kelate Wakah Baru. Hari nie xde kelas pun,tp tetap x leh balik lg sebab kena tunggu kawan dr KL datang amek..So. Yeay balik ngn kete jimat RM46 tambang bas :) Cuti apa? Cuti midsem.................

Walaupun bunyi nye macam seronok kan,tapi hakikatnya jangan harap la cuti akan jadi cuti yang berkualiti bagi kita2 sebagai student nie. Lepas cuti terus ada 2 midterm test. Lepas tu ada 5 assignment 

1. Individu sintaksis
2. Individu semantik
3. Proposal 
4. Latihan manual etika kaunseling
5. RPH KPD makroteaching.

Nie yang penting dan urgent la. 

Yang penting tapi tak urgent ada jugak lagi

5. Group sintaksis
6. Group semantik
7. Kajian tindakan KPD
8. Proposal - lagi
9. Group etika kaunseling

dan ada lagi lain2 yang malas nak mengenang kembali kisah duka. 


Now you tell me apa ertinya seminggu cuti? apakah? apakah? 

Anyhow anyway again, walau apa pun berlaku,aku akan tetap menjadi diri aku! Huh persetankan kerja-kerja ini semua. My life is not just to study but study is my life. +_+  For sure lah aku nak keluar gak ngan BFF-BFF aku kat kampung tu nanti... tak gitewww? 

Ida..asmah..ain..
Nunu..shi..fa..
yon..irwan..fikri..ajib..
Kinah..T'ahh...
Mek cah..Anis Zahirah..

Dan yang paling penting dan utama mesti lah nak spent time dengan family aku yg makin lama makin sedikit bilangannya.. Mula2 abg aku kawen,dia berhijrah. Kemudian ayah meninggal. Dia pergi selama-lamanya. Kemudian lagi, adik pempuan aku kerja. Berhijrah jugak. So now on tinggal lah mek,aku,adik laki and abg nombor dua. 4 orang ahli rumah kami termasuk aku.. Hewhew.. kalu aku dah bukak cuti,tinggal lah mereka bertiga...sedihnya..... :( 
Tapi..hijrah itu perjuangan...





Tuesday, April 2, 2013

suatu pernah

Assalamualaikum

Habis sudah madah
See more here http://bit.ly/16f8KCC
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.
seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—

tak pernah...
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
More feelings here  http://bit.ly/14KwCBX

terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.
takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,             sumber: Fynn Jamal

takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,

takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

Friday, March 29, 2013

Bukti sekeping gambar - Behind The Scene

Assalamualaikum

Dulu kalau di tanya ''apa hobi awk?'' Dengan yakin tanpa sangsi lagi aku akan jawab ''jalan2..keluar dengan kawan''. Seterusnya aku berharap sgt agar org tak kan tanya ''biasa awk g mana and dengan sape? Masa mana pergi?'' Sebab jawapannya sgt jujur. ''mana2 lah,dengan sape2 je kwn yg ajak. (kwn yg dipercayai la) masa mana pun x kisah..'' that means malam ke siang ke,kalau ade peluang and ciri-ciri keselamatan yang agak tinggi, u go, i go :) 

Tp itu semua dulu. Sejak sem 4-5, i've changed a lot until now. Sedar x sedar rupanya hobi dah berubah. Bila orang tanya,sekali lagi dengan yakin dan tanpa sangsi, ''hobi saya blogging and shooting'' tp lepas sebut perkataan shooting tu,cepat2 aku betulkan persepsi and mentaliti orang dengan menjelaskan bahawasanya  ''mksud saya bergambar. Jadi talent utk photoghrapher or klu org ade suh jadik model,sy on'' Bunyi nye macam ini semua poyoooooooo tp itulah hobi aku sejak itu hingga kini.  Tp yg jadik model tu mmg tak selalu la sbb aku tak cukup inci dan x cukup alat mekap nak bg cantik. Hahaha. Juga tak cukup isi untuk bg nampak mantop. Kekekekeee. So thats y sy lebih familiar dengan aktiviti2 jadi talent. Outing sana sini untuk menghiburkan hati dan mengekspresikan diri. 

Hewhew. Itu lah mukaddimah hari ini... Kat bawah nie disebalik tabir masa shoot kat studio saudara dengan Ezwan Othman. 

Jubah jubah,kebaya, ayuh dapatkan di pasaran! Aku pun x tau dr mana sbb tugas aku bukan utk promote jubah tu. LIKE. LIKE. :)  Yg nie kitorang wat dua sesi. Kat indoor - studio n outdoor . Kat tanah lapang. 


Ini bukti muka aku nampak lebih cerah dalam gambar berbanding di alam nyata.
Haha! :p 

Nie plak bukti kening aku lebih tebal berbanding di alam nyata
haha sekali lg =P
(Nie mentang2 kena pakai purdah,mata je touch up. yg lain tak. jimat mekap. haha! apekah? http://her skin care. com
 
Nie plak bukti perut aku buncit berbanding di alam nyata yg leper je.
aduhai jubah ! :p

Next,bukti photoghrapher yg tekun lagi berusaha demi gambar terbaiknya
hee :P

Nie bukti aku x cukup isi!
bye

Bukti aku tgh mendapatkan feel dengan cara mengelamun
''kalau dapat kawen dengan Kamal Adli pun ok jugak kan''
+_+

Nie bukti aku tak pernah berdua-duaan dengan phoroghrapher lelaki owkayyyyyyyy :)
Sahabat sejati,sentiasa melindungi! 
I MISS U GIRLS
Dan akhir sekali,ingin saya buktikan kat Ida dan Asmah bahawasanya sesiapa sahaja boleh memiliki Samsung Galaxy SIII dengan melihat infonya disini ! Samsung@dream

Wednesday, March 27, 2013

Kejelitaan Adalah Hak Milik setiap Insan ^.^V

Assalamualaikum semua..:)

Menarik post dari Lynda Lee hari nie. Tq Lynn,bg izin.hee  <3


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.  Dia perlu menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.
Jaga Perkataan. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Boleh lawati page kecantikan di sini <3 http:// whitening cream etc. com

Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

 Jangan rock-rock tau ^_^ 

Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


Terima Kasih kerana membaca ^.^

P/s : Fail aku. Fail terukkkkkk! 

Yang part menjeling tu paling ketara. :( huhu. Keterukan yang berganda sbb kat dia lah paaaaaaaaaling kerap aku jeling. Pantang x puas hati sikit . Adoiii. i need to change! cyaiyokkk

She is.. Lynda Lee. Adorable ! 

Tuesday, March 26, 2013

Perkongsian Hati

Assalamualaikum 



Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berkata kepada saudaranya, ‘Hai Kafir!’ maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan.” (0049)

Membenci Bapa
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu membenci bapa kamu. Sesiapa yang benci pada kepada bapanya, maka dia kafir.” (0051)

Dari Saad bin Abu Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang mengaku ‘Bapa’ pada orang lain, padahal dia sedar bahawa orang itu bukan bapanya, maka haram syurga baginya.” (0052)

Mencaci Orang Mukmin
Dari Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hati-hatilah kamu! Jangan lah kamu kafir kembali sepeninggalanku, di mana sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain (perang saudara).” (0054)

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada dua perkara pada manusia yang keduanya dapat menyebabkan mereka kafir, (1) Mencela keturunan (2) Meratapi mayat.” (0055)

Berita yang Mengacaukan
 Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082]





PESANAN PENAJA 

Klik untuk tahu