Sunday, April 28, 2013

Anwar Hadi di UPSI

Assalamualaikum

Cerita ini dah lama,tp belum basi. Kenapa x basi? Sebab like hello ini Anwar Hadi la. Haha. Siapa x kenal Anwar Hadi mmg nampak sgt dia jarang bukak Youtube and layari channel vlogger2 melayu... Huhu.. Anwar nie dtg bersama Matlufti. Saya ada post dah entry pasal mat-luthfi-di-upsi. Now nak abadikan gambar2 Anwar Hadi plak..mereka bersama sapa? bersama org lain....tsskk..tssk. sadis. Semua gambar2 oleh Safwan Pictures

How i wish i am the one who wearing the  red baju kurung ! 
Kegilaan aweks2 *tp x gila betul2 la




They came. For thisss

Antara Nuar nie dengan Mat Lufhfi, aku lebih suka Mat Luthfi..pasai.. emm mat kelakar, nuar kelakar jugak tp mat lagi kelakar. Haha. Kalau teringat dia je,mesti rasa nak gelak sbb vlog2 dia bwk kesan sampai ketawa tahap lupa nak telan air liur. :) Lagipun nuar ada habit suka dekatkan mulut dia dengan kamre, aku mcm. emmm. mcm. geli la????! Hahaha. Tp untungla nuarr..bibir seksi tuhh..tebai. tejuih. Tu ciri2 bibir seksi tau. Anyway anyhow... teruskan bervlogging. We are all love u boys. Dgn adanya video2 u guys at least org mcm sy celik akal dgn ideologi2 remaja educated mcm kamu. At least u guys boleh ckp omputih. Sambil2 dgr korang membebel,sempat la jugak tangkap beberapa words baru utk kegunaan harian kami.... gitewww.. dann slang2 u all tu boleh la buat kami tiru and feeling2 mcm fluent sgt speaking sekali skala..dan juga..slang kedahhh hampa tu.. boleh la kami buat ckp ngn kawan2 kami hat kedah gak.. gitulah ceritanya. 

Till then,bye. Datang lg ye ! :)

Pictures by Safwan Pictures

Assalamualaikum

Holo ! Dulu sebelum KHAR berpindah ke Proton City, KHAR nie sebelah rumah Rara je.. KHAR means Kolej Harun Aminurrashid. So komuniti yang tinggal di Ulu Selangor nie ramai. Ramai dan bising. Yela. Ramai budak2 UPSI tinggal sini. KHAR,KUO,ARKED,BAHTERA. ramai u...


Tapi skg semua tu hny tinggal kenangan. KHAR & KUO dah pindah ke Proton City arahan oleh pihak Universiti. Jauh u..jauh. Hee.
Perkaitan cerita nie dengan gambar yang ditempek kat bawah nie is gambar diambil sebelum photoghrapher pindah ke sana. Hee. Skg lama x jumpa dia. Dulu petang-petang agak2 bosan xde buat apa selain tido or mengadap esaimen,kami keluar tepi sungai ngan kawan2. Sambil2 menghirup udara segar sambil2 snap pictures. Snap . Snap .
Baju I <3 Bandung nie sponsored by  Bihan Nurulnabihan pinksjetfuel . Jemput tengok hasil mekap dia kat fb tu yer.

Tepi sungai KHAR
mastura rara

mastura rara

mastura rara
Depan rumah pun jadikk ;p
Special thank to Safwan Pictures 
by Safwan Hasbullah 
LIKE tanda suka
  :)

Saturday, April 27, 2013

Kecil hati

Assalamualaikum

Cik abg aku masuk fear factor. Masa dia bgtw tu aku ckp la nak g jugak,nak tgk. (bg support giteww) Tapi dia x bg. Byk pulak bunyiknya. Plus dia kata

''Awak nak kewwwwwww duk tempat panas..?..''

Tacing tau kite. Sobsss. Huhuk. So what kalau panas?? Ingt i x biasa ke? mmg tak biasa pun.. Tp dia x tau sy sanggup berpanas hujan berembun... x pernah ku hiraukan..asal dapat memenuhi..segala keinginan..hati. ku bina istana cinta..blablabla lagu Tomok Newboyz Sejarah Mungkin Berulang. 

Aku malas nak berdebat dengan dia macam kes Michelle Yeoh masuk BN ke tak sbb nnt berakhir dengan aku menangis. -_- So cukuplah sekadar muncung seminit dua masa tu. Hmmpp.

Hari nie aku still x puas hati n terfikir2 kenapa laaaa dia x bg sgt aku pergi tgk dia. So aku tny la soalan2 yg detail tepat dan padat. 
Rupa- rupanya. Emmmmmmmmmmmm. Dah agak dah. Mesti punya ! Benci aku. Huh...

Saya merajuk ngan awak 10 minit. Wekkk -_-

Hahaha!,
Nie dia IRON MAN

Friday, April 26, 2013

Gwiyomi Rara with Lyrics & English Translation

Assalamualaikum


Choko meopin han jogak sikyeonoko
Over a chocolate muffin
Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Waiting for a cup of savory milk

Oppahago nahago kkok maju anjaseo
Oppa and I sit facing each other
Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
And scribble on each other’s hands

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Don’t look at other girlls No matter what they say You’re mine (You’re mine)

Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Don’t even talk to other girls I’m yours (I’m yours)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Please pinky promise me
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
That you’ll never leave me alone

Chorus:
1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
One, two, three
Close your eyes and come to me
When you touch my cheeks with your two hands
I stop your lips from kissing and…
1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi

P/S : Rara dah lama buat gwiyomi tapiiii x post kat mana2 laman sosial takut kena hentam. Haha. Biasalah org kita kan suka hentam2. So, buat lah sesuatu yg x perlu menimbulkan kemenyampahan orang. Macam post translation Gwiyomi nie. Hehe. Selain gwiyomi, ada lg 1 fenomena yg tak kurang jugak popular,tapi suam2 kuku jugak la, and daaaa.. aduhhh seksi bangat cewek ini donggggg??! Its is  Miss Preety Dance! Ade jugak tgk kwn2 bila jumpa ngan geng2 depa, buat gedik gini.  Tapi. Kalau muslim,jangan la pakai camgitu,pastu menari gitu lak depan ajnabi,.Awwwww ! Pak aji abg aji jgn tengokkkkkkk  these preety solid girls mau tercabut serban. Opssss. Gurau ja. See u again, Tata :)) 

Sunday, April 21, 2013

Adikku yang sindrome down & arwah ayahnya.

Assalamualaikum

Adik aku. Nama dia Faizul. Dia sindrome down,kini 17 tahun tapi bersekolah di sekolah khas. Mek selalu kena pujuk2 dia makan,mandi,pakai baju, sebab dia xnak buat tu semua.Kadang2 berjam2 pujuk saje. Tapi dengan ayah,sekali dua ayah pujuk,dia dah buat apa yang ayah suruh. Dia sangat manja dengan ayah. Dia sangat mengada2 dan inginkan perhatian yang lebih dari segala-galanya dan lebih dari semua orang.

Mek selalu xde masa nak pujuk dia lama2 sebab mek banyak keje nak buat kat rumah tu selain layan dia. Lagipun dia dah biasa dengan mek sebab mek hari2 dan 24 jam dengan dia. Tapi ayah x. Ayah balik keje,ayah xde buat apa2..tengok TV sambil layan dia. Sure lah dia manja dengan ayah kan? :)

Dulu dia suka makan sendiri
Adik sayang ayah,bila ayah outstation lama2, ayah x pernah salah beli hadiah. Semua yang dia beli kompem adik suka. Haiwan plastik, makanan ringan, layang2,alat muzik,gambar. Yup adik suka sesuatu yang bergambar. Sebab tu aku tiap kali cuti aku belikan dia buku bergambar, terutama gambar2 haiwan. Adik suka.

Kalau hujan,adik tukar seluar sebab nak main hujan kat luar. Tapi mek x bagi. Takut demam. Kemudian adik datang dekat aku,dengan harapan aku nak izinkan dia main hujan. Tapi dia hampa, aku kata gi mandi dalam bilik air. Air hujan asid,air paip klorin. Better mandi klorin.Dia buat muka seposen dan berdiri belakang pintu sambil tengok air hujan,sambil tengok budak2 lain main hujan. Lepas tu dia senyum dan ketawa sorang2 sebab seronok tengok orang lain main. Lepas tu dia buat muka seposen lagi. Bila ayah balik,dia happy. Cepat2 dia pegi dekat ayah,dengan harapan yang sama. Ayah kata pergilah
Dia tahu ayah pasti izinkan. Dia pun keluar lah nikmati zaman indah dia. Tanpa fikir masalah apa2. Hanya seronok saja. Sebab tu dia sayang ayah sangat- sangat.
Dulu dia suka selcha



Kalau aku bawak dia pegi kedai runcit,aku kata ambil lah apa saja yang dia suka. Dia ambil maggi,mamee yg 30 sen tu,aiskrim,dan snek. Tapi aku tukar snek tu. Aku kata snek ada MSG,pewarna tiruan,perasa tambahan dan bla2. Nanti rosak gigi. Jadi aku ganti dengan kek apollo. At least, walaupun manis tapi xde MSG. Aku tahu teori aku salah tapi aku tetap nak buat sesuatu supaya adik lebih sihat. 

Bab maggi plak,aku yang tentukan perasa dia banyak mana yang boleh dia letak dalam maggi. Aku letak sikiiiiiiiiiiit je. Aku kata biar tawar asalkan x makan MSG. Mamee tu,aku buang perasa dia. Biar dia makan tanpa perasa. Pasal aiskrim, aku x kesah sbb aku sendiri pun makan aiskrim. Hahaha. Aku x kisah kalau aku sakit sbb makan makanan ringan,tp adik aku,no! no way ! 

dulu dia sunburn sekarang jadi putih

Tapi kalau dia g kedai runcit dengan ayah,dia boleh amek semua makanan yang aku haramkan tu. Ayah plak siap tolong bubuh dia punya perasa2 tu semua. Now tell me mcm mana adik x syg ayah sangat2? 
 *************************

Semalam mek call. Happy sangat nada nya, dia kata adik dah keluar rumah. Aku nangis kot masa tu. (tp aku cover la x macho la kakak nangis) Gembira sangat. Syukur tak terkata.  Sejak ayah meninggal setahun lebih lepas,dia tak pernah keluar rumah. Tak pernah. Tak pernah ! Macam2 cara,macam2 ayat kami pujuk .Tp ntah kenapa dia x nak keluar. Dia x macam dulu, dulu dia suka  keluar duk depan umah main2 ngan budak2 lain walaupun tak semua orang nak kawan dengan dia. Dia suka keluar,duduk dalam buaian lepak2 sampai maghrib tp skg xde langsung. Tapi jelas sangat,lepas ayah xde, dia x mahu keluar rumah lagi . Tak de sesiapapun tahu knp kecuali Allah. Tapi aku dan family buat andaian, ya,dia rasa sangat tertekan dengan pemergian ayah. Sbb dia kan paling manja dengan ayah.

dulu dia periang dgn semua
dulu dia suka buat peace





















Bila ayah meninggal,dia macam terpinga2,dia mcm takut,menyendiri,tapi dia x boleh luah apa2 sebab dia xboleh bercakap. Dia hanya boleh sebut beberapa perkataan basic. Tapi bila kami cakap pasal ayah depan dia, air mata dia keluar. Aku tahu dia faham apa yang berlaku.

Air mata dia. Dia jarang menangis sejak dia masuk sekolah tapi bila ayah dah xde,dia nangis. Aku nampak air mata tu, Aku nampak!!!! Kami adik beradik semua nampak. Kami semua nangis sbb tgk air mata dia. Mata dia merah. Masa tu aku marah sangat kat Tuhan, Kenapa la macam nie sekali dia nak uji kami . Kalau uji aku sorang xpe lagi, nie ngan adik2 aku sekali. Aku marah. Aku tak boleh terima pemergian ayah. 

Sejak hari tu kami 1 family tidak lagi cakap pasal arwah ayah depan dia. Orang lain pun kami x bg sebut nama ayah depan dia. Tak sanggup kami nak lihat kesedihan adik lagi.  Setahun berlalu,dah lebih setahun pun,adik dah jadi lain..Selain susut,dia x nak bercakap,xnk berkawan,xnak keluar rumah,jarang ketawa,jarang makan,jarang main,semua jarang. Dia lebih suka bersendiri sejak ayah tak de........

dulu kalau bergambar dia suka buat muka

Bila dapat call mek semalam, kami syukur sangat kalau adik dah pulih dari rasa kehilangan yang mendalam... Syukur sangat. In sya Allah, lepas nie hope sangat adik jadi periang macam dulu,hope sangat2. Kami rindu adik yang gemuk,yang tahu makan saje. Yang tahu main saje. :) 

Teringat kisah aku ngan mek pergi buat kad pengenalan untuk dia. Pegawai tu mintak cap ibu jari dia. Masa nak letak tangan dia kat meja tu,dia cabut lari. Ya Allah.. :) Comel sangat.. masa tu jugak la dia nak main kejar2 dengan aku... habis orang tengok.. ada yang ketawa lucu... punyalah happy dia masa tu,dia ingat aku suka sangat main kejar2 kat tengah2 orang ramai nie? Padahal aku kena kejar dia sbb nak cap jari dia tu! Selagi x dpt mcm mana nak siap? Hehe..adik..adik.. aku x kisah kena main kejar2 masa tu asalkan dia happy dengan hidup dia. Penat melayan dia. Tapi oh well,itulah adik aku yg Allah bg. Dulu dia lahir x cukup bulan..eksaited sgt nak main kat dunia nie. Bru 6 bulan dah keluar! Mek cite,kecik dia. kecik gila macam anak tikus. X sangka boleh hidup.. 


dulu dia hiperaktif
Itulah adik aku yang sindrome down. Alhamdulillah selepas setahun lebih dia berkurung dalam rumah,dia keluar juga ikut mek pergi rumah jiran kelmarin. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah... 

Al-fatihah 
untuk arwah ayah nun jauh di sana..kami rindu..

Jakarta... ayah pernah g Jakarta bersama Pak Ngah komposer Cindai Siti Nurhaliza. Wakil Malaysia dalam persembahan muzik Malaysia  :) In sya Allah one day,aku plak pegi. Shopping gelang.

Terbang ke Jakarta dengan RM1. Tarikh akhir booking: Isnin depan.