Thursday, May 2, 2013

Hukuman HUDUD di Malaysia

Assalamualaikum


HUDUD & MALAYSIA

APA TU HUDUD & DI MANA MALAYSIA ?


Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun
Jinayah Syariah dan dibawah Jenayah terbahagi kepada hudud, qisos, diat dan
takzir. Hudud adalah hukuman jenayah berat spt zina, menuduh zina, mencuri, murtad, merompak, menderhaka. Malaysia secara umum mempunyai undang-undangy Syariah tapi hanya tidak menyentuh hukuman berat hudud

BOLEH KE HUDUD DIBUAT DALAM NEGARA MODEN SEKARANG ?

1) Hukuman 'KEJAM' - Org yg mengatakan begini sebenarnya tidak memahami hudud. Istilah kejam/barbarik dipertanam ke dlm pemikiran kita. Tahukah kita hukuman gantung sampai mati lebih menyakitkan daripada pancung. Tahukah kita hukuman electrify lebih lama menyakitkan daripada hukuman rejam. Tahukah kita 10 kali sebatan kaedah konventional adalah seribu kali lebih sakit & memberi kesan fizikal berbanding 100 kali sebatan hudud? Dan tahukah kamu, negara2 eropah tertentu sedang mengkaji hukuman tembak sampai mati. Beritahu saya, hukuman mana lebih kejam?

2) 4 saksi utk disabitkan? Bolehke? - Itulah intipati sebenar hudud. Hudud mempunyai prosiding yg sgt sukar. Malah, DNA, video etc tidak boleh dijadikan bukti utama semata2. Hudud bukan dilaksanakan untuk menghukum penjenayah sebaliknya menanam rasa takut dgn hukuman2 yg berat dan memberi tempoh kpd penjenayah utk bertaubat. Tetapi, sekiranya disabitkan, bererti penjenayah itu mmg berulangkali buat tanpa rasa kesal. Bayangkan anda pencuri, ditangkap kali pertama tapi dilepaskan, apakah anda xrasa lega sbb tangan anda masih ada? Anda akan mula terfikir utk bertaubat. Sekiranya anda xbertaubat jugak dan ulang lagi, anda kemudian ditangkap kemudian dilepaskan sehinggalah takdir Allah, nescaya anda akan dihukum potong tangan. Itulah intipati Hudud. Hanya penjenayah yg betul2 hardcore akan dihukum, bukan penjenayah 'junior' yg masih mentah & kadang2 ikut2 kawan saja

3) Adil ke? Abes orang non-muslim macam mana? - Sekiranya 2 pencuri, seorang Islam & bukan Islam ditangkap dan dihukum mengikut Islam & konvensional. Bukan Islam dipenjara, si Islam dipotong tangan (Sila lihat item 2.. bukan mudah). Adil ke? Itulah Adil dalam Islam. Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu di tempatnya. Non-muslim dihukum mengikut kaedah mereka, Islam dihukum mngikut kaedah Islam. Tetapi, ingatlah, pada zaman Nabi SAW, hanya 2 hukuman hudud yg betul2 dilaksanakan dan cukup utk menghapuskan jenayah sehinggakan non-muslim ingin dihukum dgn kaedah hudud. Jadi, di Malaysia, pringkat awal kita mungkin melihat non-muslim lebih selesa dgn kaedah konvensional, tetapi setelah melihat jenayah Orang Islam hampir sifar slps hudud dilaksanakan, maka mereka InsyaAllah akan terbuka hati menerima hudud

4) Macam mana nak buat? DAP/MCA/MIC sume menentang!! - Di situlah perjuangan Islam. Memang benar, langkah pertama & yg paling sukar adalah memahamkan umat Islam terhadap Hudud. Yg menjadi isu adalah apabila segelintir umat Islam menakut-nakutkan dan melagakan non-muslim kepada hudud. Inilah golongan Islam yg menentang Hudud secara halus. Beringatlah, menentang hukum Allah hukumnya kufur akidah

Note : Nabi pernah bersabda yg lebih kurang bermaksud "Adalah lebih baik bagi seorang hakim tidak menjatuhkan hukuman kepada yg bersalah, daripada tersalah menghukum bersalah kepada yang tidak" . Inilah intipati Hudud =)

Cara Mengundi PRU 13

Assalamualaikum

Ingin tahu jika Selangor telah menjadi negeri yang lebih maju? Tontonlah video ini untuk mengetahui isi selanjutnya.Tekan SINI

  • Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013.on 23 APRIL 2013

Terdapat hanya 7 langkah di perlukan untuk melakukan undian terhadap parti politik atau pemimpin yang korang nak untuk jadi wakil rakyat yang memperjuangkan hak asasi sebagai rakyat Malaysia. Berikut adalah panduan bagaimana cara untuk kita mengundi pada 5 Mei 2013 ini.

Di sini di sertakan imej yang sebenar bagaimana prosedur mengundi ini berlaku:


Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013

Cara mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.

Sumber : ceriterahmad.blogspot

Expectation pada pasangan

Assalamualaikum

Setiap kali cuti benda nie akan timbul. Maybe perbezaan ini terlalu ketara. Sampai salah seorang tak mampu nak bagi yang terbaik untuk orang lain. Masing2 nak ikut prinsip masing2.

Aku expect yang positif dan sweet. Macam tiap kali cuti,nak balik kampung masing2, aku expect yang kami akan ada waktu yang berkualiti bersama pada malam tu sebelum masing2 bertolak esok. Sbb bagi aku, nak berpisah sekejap mybe dalam 2,3 hari, pasti akan timbul rindu bila berjauhan nanti. Walau pun tidaklah sejauh Abu Dhabi. Tapi bagi aku, yes. tetap istilah berpisah tu wujud walau sekejap. So aku expect mybe dinner sama2. Atau adanya 1 perbualan panjang, yang lebih dari 5 minit kalau aku bisa dapat.
Tapi tak pernah .

Sbb bagi dia ''ala mcm laaa xkan jumpa lg dah lepas nie''
''mcm la x pernah jumpa sebelum nie''

bye



Wednesday, May 1, 2013

Kisah Sedih_abg lambat lg ke? Ada org perhatikan saya. Saya takut

Assalamualaikum

9 mlm
Isteri:Abg, jemput sy mlm ni blh?
Suami:kenapa nk berjemput plk.selalunyakan awk naik bas
Isteri:Sy ada kejutan utk abg.sy tggu abg kat bus stop dpn ofis k?
Suami:sy byk keje.menyusahkan betul. Lg 45 mnt sy sampai! (suami terus matikan tel)

2jam kemudian,suami lihat isterinya tiada di tmpt yg dijanjikn.tanpa fikir pnjng,dia terus pulang.
Setibanya di rumah,dia melihat ramai org di rmhnya. Ibu mertuanya terus melulu ke arahnya.

“kau pergi mana?isteri kau dirogol dan dibunuh. Dia minta kau jemput dia. Tp kematian yg menjemputnya!”

Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia membuka hf.Terdpt 3 sms dr isterinya

9:40-Abg lmbt lg ke?
9:50-Sy sebenarnya nk buat kejutan ulang tahun perkahwinan kita
10:00-ada org perhatikan sy.sy takut

Suami menangis semahunya.Dia menyesal sbb mengabaikn isterinya.Dia terkilan tidak dpt menjemput isterinya. Dia berharap dia dpt menjemput isterinya menjadi bidadarinya di syurga kelak.

#hargai selagi dia msh ada

copypaste :)


Tuesday, April 30, 2013

CIRCLE OF INFLUENCE


PROGRAM YANG DICADANGKAN UNTUK MENGAWAL MASALAH DISIPLIN PELAJAR MELALUI CIRCLE OF INFLUENCE

Dalam menggunakan circle of influence di sekolah,atau dikenali sebagai bulatan pengaruh, terdapat banyak program yang boleh dijalankan untuk mengawal masalah disiplin di sekolah. Antaranya ialah dengan melaksanakan program e-disiplin di sekolah.  Program ini dinamakan Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) dengan objektifnya  memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

KONSEP
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku pelajar.
Dalam menggunakan kaedah circle of influence, peranan semua warga sekolah dari organisasi atasan hingga terbawah amat diperlukan.  Pertama sekali,dalam kalangan guru-guru di sekolah sama ada guru yang memegang jawatan pentadbir sekolah atau guru biasa,mereka perlu menjadi guru disiplin dalam pelaksaan dasar dasar ‘semua guru adalah guru disiplin’. Oleh itu,tidak boleh timbul isu terdapatnya guru yang tidak mahu mengambil berat mengenai disiplin pelajar sekolah atas alasan mereka tidak memegang jawatan dalam bahagian disiplin atau sebagainya. Semua guru akan bertindak sebagai guru disiplin di sekolah itu. Untuk merealisasi dan melaksanakan dasar ini,dasar ”Semua Guru Adalah Guru Disiplin” adalah yang paling penting .maka semua guru dipertanggungjawabkan untuk memantau salah laku pelajar sepanjang waktu persekolahan.

Kedua,dalam menggunakan peranan dan pengaruh guru kaunseling, Pemantapan kerjasama dan tindakan antara guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling harus dikukuhkan lagi dengan perjanjian atau usahasama dalam melaksanakan e-disiplin ini.Guru bimbingan kaunseling dan guru disiplin harus bekerjasama kerana dalam disiplin sekolah ini,masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Guru kaunseling juga boleh menjadi guru disiplin seperti pelaksanaan pertama namun haruslah sentiasa menitikberatkan soal etika dan kemahiran kaunseling dalam menguruskan diri sebagai guru disiplin kepada pelajar sekolah. Hal ini akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru kaunseling juga tidak akan bersekongkol dalam masalah disiplin yang dilakukan mereka.  
Sistem e-Disiplin merupakan satu kaedah pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang berfungsi sebagai satu instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawalselia prestasi disiplin pelajar dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah.
PELAKSANAAN

Sistem Pemarkahan
Maksud ’markah’ dalam e-Disiplin adalah markah penalti dan markah merit yang diberikan kepada seseorang pelajar. Markah penalti diberikan bagi kesalahan yang dilakukan manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Markah ini diberikan bukan sebagai satu bentuk hukuman malah ia bersifat sebagai petunjuk atau indikator bagi tujuan mengawalselia tingkahlaku pelajar.Pihak sekolah yang bertanggungjawab untuk memberi markah dan penalty kepada pelajar adalah pihak guru,warden asrama,pembantu sekolah,pengawal keselamatan, dan dibantu oleh pihak am seperti staf,pekerja kantin,dan tukang kebun tetap sekolah. Ini dinamakan cirlcle of influence yang mana semua pihak terlibat dan mempunyai peranan yang akan bertindak untuk mengawal masalah disiplin tersebut. Oleh itu,semua guru dan pihak yang berkuasa dalam member penalty dan merit ini akan diberi borang saman tersebut untuk dikeluarkan kepada pelajar yang bermasalah itu tepat pada masanya atau selepas berbincang dengan guru-guru.

Peruntukan Markah
Dalam pemberian markah penalti dan markah merit,pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan diisu atau disaman dengan ’Borang Salah Laku’ (BSL) atau lebih dikenali sebagai ’Saman Disiplin’ oleh guru-guru dan pihak yang diberi kuasa di mana sahaja mereka berada dalam kawasan sekolah  dan markah penalti akan diberikan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sebagai contoh 3 markah bagi kesalahan ringan, 5 markah bagi kesalahan sederhana dan 10 markah bagi kesalahan berat. Manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Setelah mencapai jumlah markah yang ditetapkan, sistem akan secara automatik memaparkan peringatan bagi mengeluarkan Amaran 1 Amaran 2 dan seterusnya sehingga Amaran 5 iaitu Buang Sekolah.

Sistem Permarkahan  dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang akan digunakan adalah seperti berikut. Ia akan digunakan di semua sekolah yang menyokong program e-dispilin ini dalam hasrat membantu mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah.  Sewajarnya semua sekolah di Malaysia terutamanya menggunakan sistem atau program ini kerana selain daripada kaedah baru dan berkesan,ia member banyak impak positif kepada pelajar di mana mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkan merit dan akan berasa malu apabila dikenakan saman atau penalty terutama apabila kesalahan mereka ditangkap di hadapan pelajar-pelajar lain. Sebagai pelajar juga kita sedia tahu mereka juga tidak menginkan untuk mengumpul surat penalty yang mana mereka sedia tahu mereka akan dikenakan tindakan susulan mengikut markah penalty yang mereka lakukan sepanjang mereka berada di sekolah tersebut.

Rajah jumlah markah (kes disiplin) dan tindakan terhadap pelajar
Selepas memahami pelaksaan program dalam mengawal disiplin pelajar di sekolah itu, proses kawalan disiplin juga perlu dilaksanakan untuk melengkapi program e-disiplin ini.
Proses kawalan disiplin pelajar terdiri daripada :
1.       Kerja Amal
Pelajar-pelajar yang melakukan salah laku disiplin dan telah diberi amaran akan diberikan suatu bentuk kerja amal yang bukan bercorak hukuman, sebaliknya untuk memberinya peluang memperbaiki dirinya agar berkelakuan positif.Contohnya,mereka di kenakan tugasan kerja amal seperti membersihkan taman sekolah atau mengemas buku di perpustakaan. Walaupun mereka dikenakan penalti, dasar ini member satu tugas positif untuk mengubah tingkah laku langsang yang mereka lakukan dengan tugas yang positif.
2.      Bimbingan dan Kaunseling 
Pelajar yang bermasalah disiplin ini harus di beri satu atau lebih sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca dalaman mereka yang membuatkan mereka melakukan kesalahan disiplin. Bimbingan dan kaunseling ini akan diberi kepada semua pelajar yang melakukan kesalahan yang sama atau berulang-ulang atau yang kerap dikenakan penalty agar dapat mereka mengubah tingkah laku dan member peluang kepada mereka untuk berkongsi masalah sebenar mereka. Semua pelajar yang membuat kesalahan berhak diberi kaunseling untuk memastikan perubahan tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik.
3.      Program Intervensi
Program ini adalah rentetan daripada selepas pelaksanan program e-disiplin di sekolah iaitu untuk memberi peluang yang secukupnya kepada pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, Program tersebut adalah  program yang melibatkan pembangunan sahsiah diri secara sistematik. Antara program intervensi yang boleh dilaksanakan ialah contohnya seminar kesan merokok, menjalankan  forum yang melibatkan pelajar bermasalah ini supaya mereka yang melakukan disiplin ini nampak kebaikan dan keburukan tingkah laku mereka , kem jati diri yang mencabar emosi dan minda mereka,lawatan ke rumah kebajikan,pusat serenti, pusat pemulihan akhlak, pusat rawatan dadah atau rokok, penjara, sekolah Henry Gurney dan sebagainya.
Kesimpulannya,sekiranya cadangan ini dijalankan di semua sekolah, ia akan membawa kepada progress yang baik kepada sekolah dan sekaligus kepada pelajar. Telah banyak program lain yang dijalankan namun tidka membuahkan hasil yang memberangsangkan jadi dengan adanya langkah baru yang mana program e-disiplin ini,diharapkan ia akan banyak membantu para pelajar dan sekolah.