Saturday, May 11, 2013

Favourite Photoghrapher & Model

Assalamualaikum semua.

Selamat berhujung minggu! Seharian hari nie Rara mengadap esaimen. Fuhhh,nampaknya makin di setadi,makin banyak tak lengkap. Hmmm :( Penat dunia nie. Penat. Moga2 apa yang Rara buat hari nie dapatlah hasilnya kelak... Aminnnnnnn..

Rasa nak rest kejap dengan blog,pictures,memories,fashion dsb lah. Dah lama Rara tak outing shooting2 nie. Hahak. Rindu nak menggedik lagi tp masa jeles dgn i tau nyahhhh. Mana tak nye. Dah sem 6 nie. Sem depan dah start praktikum daa..... nebes nak jd cikgu tau. tsskkk

Anyway meet my favourite photogh @ Ezwan Othman 
andd my favourite model/talent @ Mek Cah 

They are all my best friends! Senang bersama mereka. Miss u guys ! ^_^ 



Some said ''Nothing happens when you sit at home''. So I always make it a point to carry a camera with me at all times…I just shoot at what interests me at that moment. Hee.  So guys.. When the world is your canvas, so to speak, you need your tools with you to capture everything around you. Make a habit of always carrying a camera with you...cuz you will never suffer the regret of wishing you had. Trust me. :)





Kalau sudi jenguklah hasil gambar Ezwan kat sini yang ganas-ganas belake :: photoshoot-blackness. dan juga black-ezwan-photoghraphy. ::
nak lagi ganas???? SINI  
sorry kalau ganas sgt ! haha byeppp. 

Friday, May 10, 2013

Usahlah diri ini dibezakan...


Mendung berarak
Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu


Tiap jelmaan
Malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan


Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama


Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan


Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati
Terima kasih
Padamu teman
Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan


P/S : Watch this video 

Thursday, May 9, 2013

PENULISAN KUPASAN JURNAL TENTANG KOPERASI

PESANAN PENAJA 


 ARTIS YANG GIAT DALAM KELAB KOPERASI SEMASA ZAMAN SEKOLAH :
Hot Mama ! Si cute
NORA DANISH <---- cute pictures of Nora Danish!)
__________________________________________________________________________

1.0 Pengenalan


Jurnal yang dipilih adalah jurnal yang  bertajuk  Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi  Kemajuan Koperasi  Sekolah Di Daerah Kota Setar,Kedah. Jurnal yang ditulis oleh Termit Kaur Ranjit Singh dari Universiti Sains Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkara-perkara yang menjadikan atau mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah di daerah yang membangun ini. Penulisan kajian ini melibatkan orang-orang berjawatan dan organisasi yang penting dalam koperasi iaitu guru penasihat koperasi, pengetua dan pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Kedah (SKM). Pemerhatian dijalankan di koperasi sekolah yang dipilih untuk melihat aktiviti koperasi, susunatur, kekemasan dan sebagainya.

Pematuhan kepada Akta Koperasi, Undangundang Kecil Koperasi dan Peraturan Koperasi ditikberatkan dalam kajian ini kerana inilah yang membantu guru penasihat menjalankan aktiviti koperasi ke tahap yang lebih cemerlang.

2.0 Ulasan Jurnal

Menurut Abdul Aziz (2001), terdapat beberapa kelemahan yang ketara yang ditemui dalam koperasi sekolah iaitu pengurusan yang tidak cekap, kurang pengetahuan tentang perniagaan, sistem perakaunan yang lemah, kedudukan kewangan yang lemah dan tidak ada matlamat dan perancangan yang teliti. Namun koperasi di daerah Kota Setar  ini mengikut kajian ini memperlihatkan bahawa mereka  mampu membuktikan keberkesanan sebuah koperasi yang baik. Dengan kajian dari segi latar belakang koperasi, guru penasihat, aspek pengurusan dan pentadbirankoperasi,perkara menjadi lebih mudah untuk mengenal pasti faktor-faktor keberkesanannya.

Dalam kajian faktor-faktor  kemajuan koperasi sekolah daerah Kota Setar, perkara yang menjadikan prestasi koperasi sekolah mereka adalah apabila terdapatnya hubungan yang signifikan antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan fungsi dan kemahiran pengurusan di kalangan guru-guru koperasi sekolah. Kajian ini mendapati majoriti guru penasihat yang dilantik adalah di kalangan guru wanita dan guru penasihat koperasi mempunyai kesungguhan dan minat yang positif di dalam menjalankan tugas mereka.

Di samping itu,guru koperasi juga berharap semoga beban tugas mereka dapat dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah dan juga tidak mengabaikan tugas utama mereka di dalam kelas.Guru penasihat koperasi yang terikat dengan tugas-tugas yang lain juga turut terlibat dengan bijak dari segi pengurusan agar masa antara tugas mengajar dan menjaga kepentingan koperasi sekolah ini dapat dikendalikan secara berstruktur dan berfungsi dengan lancar.

Pengetahuan guru-guru mengenai lokasi yang strategic juga menjadikan mereka dapat menggunakan lokasi sekolah yang jauh dari pusat bandar  sebagai batu loncatan  yang mana mempengaruhi kuasa beli pelajar adalah tinggi jika dibandingkan dengan lokasi sekolah yang terletak di bandar kerana saingan dengan kedai yang berhampiran dengan sekolah. Ramai pelajar berkunjung ke koperasi sekolah pada waktu rehat dan ini meningkatkan hasil jualan koperasi sekolah. Pengkaji mendapati bahawa guru penasihat koperasi mempunyai sikap yang positif dalam tugas mereka di mana mereka mampu mengurus koperasi walaupun sibuk dengan tugas-tugas wajib iaitu P & P. Guru penasihat yang terlibat juga mempunyai ilmu dan asas yang kukuh dalam bidang perniagaan kerana majoriti guru yang dilantik mempunyai kelayakan dalam bidang teknik dan vokasional. Guru yang dilantik sebagai bendahari juga faham dan jelas dengan Penyata Kewangan. Mereka yang terlibat juga bersedia untuk menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak koperasi sendiri ataupun pihak luar demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengurusan koperasi sekolah.

Hubungan yang rapat dan bertoleransi antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan kemahiran berkomunikasi di kalangan guru-guru koperasi sekolah juga merupakan kejayaan koperasi sekolah daerah ini. Kajian melihat bahawa pemilihan guru koperasi berdasarkan kepada kelayakandalam bidang tertentu seperti perakaunan, perdagangan, ekonomi, dan pengurusan perniagaan menjadikan koperasi sekolah mereka ditadbir oleh ahli lembaga koperasi yang mantap. Pengalaman dalam pengurusan perniagaan juga merupakan kriteria penting terutamanya untuk jawatan bendahari dan setiausaha. Pengurusan dan pengendalian koperasi bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan koperasi sekolah terikat dengan undang-undang dan akta.Ianya memerlukan pengawasan sepenuh masa kerana ia bukan saja merupakan satu pertubuhan sekolah tetapi juga sebagai badan perniagaan yang menyenaraikan kehendak sosial dan ekonomi ahli-ahlinya (Zaleha, 1992). Sistem pengurusannya adalah berlainan, lebih kompleks di samping mengamalkan sistem kawalan secara demokrasi (Ungku Aziz, 1992).

Pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan perjalanan koperasi sekolah berjalan lancar dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kemajuan koperasi sekolah. Komitmen guru juga merupakan kriteria yang penting kerana guru yang berdedikasi akan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dan dapat memikul amanah yang diberi dengan baik dan berkesan demi kepentingan bersama. Minat untuk mengurus koperasi penting kerana tanpa minat sukar untuk guru koperasi menguruskan koperasi sekolah dan menjalankan aktiviti. Mereka juga harus  mahir dan arif tentang selok belok perniagaan terutamanya untuk mendapatkan pembekal yang menawarkan harga yang rendah.

Dalam mewujudkan kerjasama antara sekolah dan guru-guru penasihat koperasi,mereka  diberi ruang dan peluang untuk menghadiri kursus atau seminar tentang pendidikan dan pengurusan koperasi sekolah, peranan anggota dan institusi koperasi, penyelenggaraan akaun dan pelancongan di beberapa tempat kursus tertentu . Guru-guru penasihat juga perlu dibawa melawat ke koperasi sekolah yang berjaya supaya mereka mendapat  pendedahan dan pengetahuan dalam pengurusan. Melalui lawatan ini juga guru penasihat koperasi dapat melihat aktiviti yang dijalankan yang mana boleh mendatangkan keuntungan kepada koperasi sekolah. Kursus  dalaman perlu dijalankan secara berkala supaya guru-guru yang pernah menghadiri kursus boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan ahli yang lain. Oleh hal demikian,pengetahuan dan ilmu mengenai koperasi sekolah ini sentiasa bertambah dan berkembang dan sekaligus menambahkan lagi kemajuan koperasi sekolah mereka.      

Pengaruh yang dekat dan kuat antara  semua  pemboleh ubah bebas juga menjadikan koperasi sekolah semakin produktif iaitu dalam fungsi dan kemahiran pengurusan, pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan dan kemahiran berkomunikasi dengan kejayaan koperasi sekolah.Ia juga menunjukkan bahawa ada koperasi sekolah menyediakan Buku Tunai, jurnal, lejer, jualan harian / tunai, buku log dan fail yang menyimpan senarai ahli, invois, resit dan sebagainya.Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. Pengalaman mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting dapat menggunakan ilmu yang  dipelajari di dalam  kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Di samping itu  pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah juga diberi perhatian kerana impaknya kepada pelajar adalah besar, kerana dengan adanya koperasi sekolah pelajar-pelajar boleh membeli barang-barang dengan harga yang murah dan ada sesetengah  koperasi sekolah mampu meletakkan harga yang lebih rendah dari kedai di luar. Pertambahan ahli juga bertambah setiap tahun dan ini memberi kesan yang baik kepada koperasi sekolah kerana modal syer akan bertambah dan aktiviti koperasi juga boleh dipelbagaikan dan secara tidak langsung ia boleh memberi kesan kepada keuntungan koperasi. Jika koperasi mendapat untung yang banyak, maka anggotanya juga akan merasa nikmatnya kerana mendapat dividen yang tinggi. Koperasi sekolah ini  mampu mengagihkan  dividen 100% dan 30%  kepada ahlinya di samping melatih pelajar yang boleh dipercayai untuk menguruskan koperasi.

Penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi sekolah juga perlu diperluaskan supaya pelajar pelajar mendapat pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Dengan penglibatan pelajar, maka ciri-ciri keusahawanan dapat diterapkan kepada pelajar.. Oleh itu,kebanyakan pelajar  diberi tugas yang mudah seperti membantu guru mencatat jualan harian, menyusun barang, sebagai pembantu kedai, dan mengira stok. Penyediaan akaun  dilakukan oleh guru kerana koperasi sekolah yang dikaji menggunakan program SEKKOP. SEKKOP adalah satu pakej sistem perisian komputer bersepadu yang mempunyai tiga fungsi iaitu pengurusan keanggotaan, perakaunan dan perniagaan koperasi sekolah. Sistem ini berfungsi untuk mengendalikan rekod dan maklumat keanggotaan, manakala sistem perakaunan menyediakan rekod-rekod perakaunan dan enyata kewangan. Sistem perniagaan berfungsi untuk menguruskan rekod jualan dan stok di kedai koperasi. ANGKASA menawarkan sistem ini bagi memenuhi keperluan perakaunan koperasi sekolah. Matlamat perkhidmatan SEKKOP ialah untuk meluaskan penggunaan sistem perisian keanggotaan, perakaunan dan perniagaan dengan cara kerja khidmat, senggara dan nasihat berterusan. Dengan khidmat, senggara dan nasihat berterusan koperasi sekolah boleh mengurus keanggotaan, perakaunan dan perniagaan secara berkomputer dan ini banyak membantu pengurusan koperasi sekolah ini.

3.0 PENUTUP
Dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi yang berjaya dan maju,pengurusan yang cekap dan efisyen merupakan kejayaan dan keutuhan sesebuah organisasi koperasi. Kemajuan dan kejayaan koperasi sekolah banyak bergantung kepada pengurusan yang cekap dan berkesan, kepelbagaian aktiviti dan sokongan ahli serta pihak pentadbir. Semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan dan keuntungan koperasi sekolah. Begitu juga dengan perkhidmatan SEKKOP dan ANGKASA, mereka bersama-sama pihak koperasi sekolah memastikan sistem koperasi digunakan sepenuhnya secara sebaiknya.
     Pihak pentadbir juga perlu peka dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru penasihat koperasi dan sentiasa memantau masalah yang dihadapi dalam pengurusan koperasi sekolah supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah dalam memajukan koperasi sekolah dan sekaligus member sumbangan dan menaikkan nama sekolah.
Top of Form
 ARTIS YANG GIAT DALAM KELAB KOPERASI SEMASA ZAMAN SEKOLAH :
Hot Mama ! Si cute
NORA DANISH <---- cute pictures of Nora Danish!)

Tuesday, May 7, 2013

Claim duit balik mengundi

Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat dan tak pernah terlambat utk Rara ucap Alhamdulillah,done for PRU13..already.. Tahniah la kpd yg menang. Rilex ar bro kpd yang kalah. Bak kata kawan matlufti dalam video latest dia, x semestinya kena ada kuasa untuk tolong rakyat..

Pasal claim duit balik mengundi, Rara mmg dah dapat dah :) Tapi saja la buat tajuk entry nie claim duit balik mengundi sebab nk bg visitor blog nie naik sikit. Haha! yalaa sape laaa yg xnak amek tahu pasal duit.kan? Kih3. Lepas mengundi, Rara g claim duit tu kat pejabat BN. Senang nya dapat duit. Ingat nak pegi claim kat pejabat PAS plak tapi memandangkan agak jauh dari rumah, so biar lah. Kalau dekat dah g claim dah. Hahahaa. I got RM 200 from BN. (Kg morak dapat 300) . And they got RM150 from PAS (kg kutan dpt 100) . Hmmm,lain2 nilainya mengikut tempat. Maybe. Anyway ramai orang yg amek dua2 tempat. Yang bukan pengundi luar pun amek. Hehe.Tambah dua tu jd berapa? Kikikikiii...dunia..dunia... Penyelewengan ada di mana2...

So dgn RM200 yg Rara dapat tu  boleh la buat makan dua tiga minggu kat universiti ni.

 *************************************
Kat bawah ni ada beberapa keping gambor. Saje. Gedik nak post. Bermula dari sampai ke Kelantan dt Tg Malim 4 hb.. Kami turun depan KBmall.. Kul 8pg kot sampai. Bertolak kul 10 malam. Bapak lamaaaaaaaa perjalanan. First time lama mcm nie. Biasa 7-8 jam je tp kali nie lagi lama. Slow nak mamppp. Driver sesat kot. Plus jem plak.,.huh...tp. Biasa lah tu. FYI, bas yg Rara naik tu pun free jugak. Heee. Jimat 46rm.  46 pegi,46 balik, dah 92 tau. tskkkk. Tp dah org bg free naik la. :)

depan KBMALL. 

 keadaan dilaporkan terkawal haha.

Bersama Rara pagi tu is Raja and kwn dia sorang. Bagai gelandangan lah kami di depan kbmall pagi tu bersama muka x basuh masing2.

Sampai umah, terus tidur tak sedarkan diri. Hehe. Hiperbola di situ... Dan malamnya Rara turun tgk2 suasana kg. Nie pondok depan lorong nak masuk rumah... aduh semangatnya u alls! 


**********************************

Esoknya 5 Mei, bertempat di Sek Kebangsaan Kebakat, proses pembuangan undi telah dilakukan dengan sempurna. Bersama sepupu- Asma dan dua pupu - Ana, maka beraturlah kami untuk sahut seruan Tomok dan Black dalam lagu Jom kitaaa..keluar mengundiiiii... 


hello kezen! 
Hello Rara.
kau mmg tak boleh ek sekali sekala pakai baju kurung? hah? hah?
Saluran 4 untuk newbieeeee :) 
Terima kasih kpd dakwat kekal yang telah dicalitkan, lepas mengundi terus basuh dengan sabun basuh pinggan dan jari kembali kepada yg asal. Baru ingat nak feeling2 Avril Lavigne. Kuku kaler. haha. 4 juta. hak hak.


 sebelum
semasa (comot. huhh)
& selepas basuhan pertama


Lepas balik mengundi, agenda seterusnya bermula.Memandangkan esoknye Rara akan bertolak ke Tg Malim kembali,haruslah dating dgn BFF dulu. Setelah bermesej mesej sepam dua,dengan jari yang sudah bersih tanpa secalit kotoran lagi kami keluar makan2 dan window shopping. Me, Mek Cah,& Anis Zahirah. Bersambunggggg