Wednesday, October 30, 2013

CIRI CIRI WANITA CEMERLANG

Assalamualaikum

CIRI CIRI WANITA CEMERLANG

1) Berdikari – tidak terlalu bergantung pada pasangan atau keluarga. Wanita sekarang mampu membuat keputusan sendiri. Mampu mengejar cita-cita dan dalam masa yang sama bijak menjaga keluarga.

2) Lemah Lembut – sifat ini tidak dapat dipisahkan dari seorang insan yang bergelar wanita. Setiap tutur kata perlu di jaga. Tetapi dalam kelembutan itu perlu ada ketegasan kalau tak ramai pula yang pijak atas kepala nanti.

3) Beragama – tanpa agama hilanglah pedoman seorang wanita. Wanita yang beragama akan sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga. Wanita yang beragama akan sentiasa redha dengan segala yang telah ditakdirkan untuknya.

4) Matang – mampu mengatasi sesuatu masalah secara rasional. Tidak terlalu mengikut perasaan ketika berdepan dengan pelbagai jenis cabaran. Bijak mengawal pelbagai situasi yang berbeza.

5) Menjaga penampilan – sentiasa kemas dan bersih dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memakai pakaian yang sesuai dan bukan terdedah sana sini.

6) Sederhana – tidak boros dan pandai mengawal kewangan. Tidak terlalu mengejar kemewahan.

7) Penyabar – perlu ada pertimbangan walau sepahit mana dugaan yang perlu dihadapi. Sentiasa tenang menghadapi pelbagai ujian.

8 Sifat Keibuan – perlu ada sifat penyayang dan bertanggungjawab. Memahami dan mengambil berat tentang insan-insan tersayang.



P/s : LIKE gambar awek duta wechat (ecececeh pui) kat SINI 
HEHE

Saturday, October 19, 2013

GA October by Emas Putih

Assalamualaikum


Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi





Senarai pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013

Assalamualaikum

Semalam, bertarikh 18 Oktober 2013, pengumuman pemenang dan award untuk Anugerah Planet Muzik APM 2013 telah pun berlangsung di SUNTEC Singapura. 18 buah kategori dipertandingkan  iaitu merangkumi artis dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Pengacara Anugerah Planet Muzik APM 2013

Dato’ Ac Mizal (Malaysia)
Adi Rahman (Singapura)
Sarah Sechan (Indonesia)

Wokeh, dah tahu siapa pengacaranya. 

Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013, penerima Anugerah Planet Muzik APM 2013, keputusan rasmi Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013

Info selanjutnya layari: Anugerah Planet Muzik

Senarai pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013

Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik: Judika
Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
Ikon Media Sosial: SleeQ
Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone


Alhamdulillah, Hafiz sekali lagi mengungguli anugerah semalam. Nama yang sentiasa mengharumkan industri muzik negara. Buat semua pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013, tahniah diucapkan!!!

*Heran lagu jangan ganggu pacarku blh jd terbaik kat singapura. huhu...  ^_^
* ILYSM Hafiz. Byep <3


Tuesday, October 15, 2013

Rahsia ayat empat Qul

Assalamualaikum

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..
Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.

Monday, October 14, 2013

Koleksi pantun sempena Hari Raya Aidiladha ! :)

Peristiwa Lembu Lari Memang Tak Dapat Dilupakan,
Jadikan Memori Cerita Tok Nenek Zaman Hadapan,
Selamat Hari Raya Aidiladha kami Semua ucapkan
Hari Untuk Semua menuju ke arah kebaikan.

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin saya ucapkan buat semua,
Selamat hari raya aidil adha.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga..

Pergi kedai kopi Pak Li main dam aji,
Kayuh basikal sehinggah lenguh lutut,
Parang diasah kasi tajam macam taji,
Takut tumpul potong daging pun tak lut

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!