Friday, November 1, 2013

Pasal makan

Assalamualaikum 

Bermula tgh hari tadi, life is dull. Why? Sbb... i'm home alone ! Huhuhu. 2 org housemates balik kelumpo umh kakak depa, 2 org lg pegi kem utk program sekolah mereka.. Maka tinggallah aku bersendirian kesepian kegersangan. *eh! 

Aku kan bosan kan, pastu aku wechat la ngn kawan aku. Best dia, dah master pun sekarang. Dia tanya duk buat apa, aku ckp la duk tgk blog, tp x tau nak update ape. Then dia ckp update pasal makan. 
Aku pun ; 

okay :D

By the way, ada lg x yang belum LIKE iklan wechat Rara? Ala yg saaaantek tuuu.hehe perasannya. Bro Framestone yang edit tau. Then disend oleh Emas Putih kat aku supaya aku post kat fb aku.. Haaa... LIKE la. 
                       ******************
Ermmm...apa td? Pasal makan kan. 
Dah tu nak cakap apa? Cakap pasal penjagaan makanan ke? atau pasal jadual makan aku? Atau makanan kegemaran? 

Sejak dua menjak nie makanan dgn aku mmg kamceng,ibarat kuku dengan pengilat kuku tau. Kalau pukul 10 x pegi kantin lg,aku dah rasa aiiiiiii lain mcm dah, rasa mcm aiii lapar nye bila nak habis kelas nie aku nak g makan nie. muehehee. Padahal pagi2 sebelum pegi sekolah aku da makan biskut biskutan dan minum segelas milo da. Patutnya xde la cpt sgt rasa lapar tu dtg. Hmm,tp tu lah. 

Aku lain la skg, lain sgt. x paham aku. 

Dulu kan, aku breakfast pukul 1 pun okay lg. Lunch pukul 5. Dinner plak pukul 12. Itu pun dalam mimpi je. Thats means, aku x amalkan makan malam sgt dulu. hehehe. 

But now.. kalau skip makan sikit mula lah perut kecik comel nie merengek2 minta belas kasih sayang. Aduyaiiiiii. Susah tau mummy mcm nie. 

Awas ! Jgn pelik dgn bawang merah tersebut. - Sepatutnya hias dgn bawang besar tp bwg besar out of stock daa.
hahaha -_-
Savoury..yummmy ! ^_^
Nyum nyum scrumptious u noe... aumm
Dia punya kuah kacang,i extremely pleasing it too - luscious !  hehe
Eh ini pun ada. Time lapor semua sedap ann <3
Ini wolang makan byk xpe maaaa.... talak gumuk jugaa.. ^__^ 
Pun ade. hehe. 
**********************************************************


  Hadits Nabi Muhammad SAW.,
إياكم والبطنة في الطعام والشراب فانها مفسدة للجسم وتورث السقم عن الصلاة
وعليكم بالقصد فانّه اصلح للجسد وابععد من السرف
Artinya ; “Janganlah sekali-kali makan dan minum terlalu kenyang karena sesungguhnya hal tersebut dapat merusak tubuh dan dapat menyebabkan malas mengerjakan salat, dan sederhanakan kalian dalam kedua hal tersebut, karena sesungguhnya hal ini lebih baik bagi tubuh, dan menjauhkan diri dari sifat israf (berlebihan).” (H.R.Bukhari)

Wednesday, October 30, 2013

CIRI CIRI WANITA CEMERLANG

Assalamualaikum

CIRI CIRI WANITA CEMERLANG

1) Berdikari – tidak terlalu bergantung pada pasangan atau keluarga. Wanita sekarang mampu membuat keputusan sendiri. Mampu mengejar cita-cita dan dalam masa yang sama bijak menjaga keluarga.

2) Lemah Lembut – sifat ini tidak dapat dipisahkan dari seorang insan yang bergelar wanita. Setiap tutur kata perlu di jaga. Tetapi dalam kelembutan itu perlu ada ketegasan kalau tak ramai pula yang pijak atas kepala nanti.

3) Beragama – tanpa agama hilanglah pedoman seorang wanita. Wanita yang beragama akan sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga. Wanita yang beragama akan sentiasa redha dengan segala yang telah ditakdirkan untuknya.

4) Matang – mampu mengatasi sesuatu masalah secara rasional. Tidak terlalu mengikut perasaan ketika berdepan dengan pelbagai jenis cabaran. Bijak mengawal pelbagai situasi yang berbeza.

5) Menjaga penampilan – sentiasa kemas dan bersih dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memakai pakaian yang sesuai dan bukan terdedah sana sini.

6) Sederhana – tidak boros dan pandai mengawal kewangan. Tidak terlalu mengejar kemewahan.

7) Penyabar – perlu ada pertimbangan walau sepahit mana dugaan yang perlu dihadapi. Sentiasa tenang menghadapi pelbagai ujian.

8 Sifat Keibuan – perlu ada sifat penyayang dan bertanggungjawab. Memahami dan mengambil berat tentang insan-insan tersayang.



P/s : LIKE gambar awek duta wechat (ecececeh pui) kat SINI 
HEHE

Saturday, October 19, 2013

GA October by Emas Putih

Assalamualaikum


Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi





Senarai pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013

Assalamualaikum

Semalam, bertarikh 18 Oktober 2013, pengumuman pemenang dan award untuk Anugerah Planet Muzik APM 2013 telah pun berlangsung di SUNTEC Singapura. 18 buah kategori dipertandingkan  iaitu merangkumi artis dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Pengacara Anugerah Planet Muzik APM 2013

Dato’ Ac Mizal (Malaysia)
Adi Rahman (Singapura)
Sarah Sechan (Indonesia)

Wokeh, dah tahu siapa pengacaranya. 

Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013, penerima Anugerah Planet Muzik APM 2013, keputusan rasmi Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013

Info selanjutnya layari: Anugerah Planet Muzik

Senarai pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013

Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik: Judika
Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
Ikon Media Sosial: SleeQ
Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone


Alhamdulillah, Hafiz sekali lagi mengungguli anugerah semalam. Nama yang sentiasa mengharumkan industri muzik negara. Buat semua pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2013, tahniah diucapkan!!!

*Heran lagu jangan ganggu pacarku blh jd terbaik kat singapura. huhu...  ^_^
* ILYSM Hafiz. Byep <3


Tuesday, October 15, 2013

Rahsia ayat empat Qul

Assalamualaikum

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..
Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.