Wednesday, May 14, 2014

Nak makan sedap-sedap? Jom ke U-Cafe, Wangsa Walk!

Assalamualaikum

Hi semua.. apa khabar? Dah makan belum? 
Ececeee.... tanya orang dah makan ke belum ya... Bukan apa.. hari ni Rara nak kongsi sikit tentang tempat makan yang best dan menu yang super sedap daripada restoren yang ekslusif  iaitu... U-Cafe
Entry kali ni, Rara fokus pada menu yang ada dulu ya. Yang lain-lain, coming soon :) 

Okay ini alamat penuh restoren ni. Jemputlah datang ya.

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Ok dah, jemput tengok apa yang kami makan.. ^_^ 

Penang Curry Laksa : RM 13.90


Nasi Bonjori : RM 13.90


Salmon Fillet : RM 39.90

Spaghetti Aglio-Olio with Seafood: RM 26.90


 Penang Char Kway Teow : RM 10.90


 Popcorn Chicken Green Salad : RM 14.90

Buat pengetahuan semua,  U- Cafe ni ada beberapa lagi cawangan di tempat lain sekitar Kuala Lumpur iaitu di Sungai Wang, Jalan Sultan Ismail dan ini, Wangsa Walk, Wangsa Maju. Apa yang perlu anda tahu tentang U-Cafe Wangsa Walk ni, ialah.... ia merupakan satu-satunya cawangan restoren yang pork-free . Kepada kawan2 muslim, jangan silap pergi pulak ye. Hehe. Jadi, Restoren U-Cafe kat Wangsa Walk ni 100% halal, boleh tengok sendiri sijil halal ya... no more was-was. Awesome. 

 Fried Rice in Japanese Style : RM 17.90

 Pan Fried Kway Teow with Beef : RM 10.90


 Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab : RM 17.90

 Nasi Lemak : RM 13.90

 Combo Platter : RM 26.90


 Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel : RM 17.90


 Fried Prawn with Salted Egg-Yolk & Season Vegetables in Yam Basket Rice : RM 20.90


 Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop : RM17.90

 Fried Kailan with Salted Fish : RM 13.90


 Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (Big) : RM 38.90

Classic Chicken Carbonara : RM 18.90

Stir Stewed Chicken with Three Cups Soya Sauce (Big) : RM 20.90

Honestly memang sedap makanan kat sini, kalau boleh, tak nak share. Haha.. nampak tak tamak di situ... Macam-macam jenis ada... Japanese style,Chinese Style, Asian style, dan lain-lain. Ikut sedap rasa kita lah nak yang macam mana... order je :) 


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah hubungi krew mereka di :
1) 019 3133668 ( Rachael Chin)
2) 03 21429686 (Cawangan Sg.Wang)
3) 03 41319686 (Cawangan Wangsa Maju)


By the way ini kali pertama Rara join food review bloggers, selain daripada dapat kekenyangan, dapat kawan-kawan baru :) They all tersangatlah sporting n havoc. Hahaha. Tak caya? Tengok nii.. 



Heheee... terbaikkkk ahhhhh sisters2 semua.. nak upload lagi gambar, wait n see :) Tataaaaaaa....

Thursday, May 8, 2014

Header blog paling lawa setakat ini . A review

Assalamualaikum

Hai readers. Lama dah Rara x update blog hasil taip 100% sendiri. =P
Bz laaa...sem 8 esaimen manyak... thesis plak asyik...(xleh tulis kat sini..lecturer baca) hehe... Dalam ke-bz- an ni pun.. xde lah bz sgt.. sempat je kalau setakat nak update status facebook meroyan 10 kali sehari.. upload instagram 3x sehari.. sempat jer...........

Baiklah,berbalik kepada pokok pangkal.... Pagi ni Rara nak review pasal blog Rara ni sikit.. Dua hari lepas baru siap header baru Rara...Pantas betul kwn Rara ni buat.. Malam tu chat ngn dia, pastu Rara cakap ''so bangun pagi esok kira blog Rara dah siap la ea? '' dia ckp Ya. Hebak ah ! ^_^ Jadi bila bangun pagi esok tu terus taip Masturarama2.blogspot ahhh.... yeayyyy! Comel ! Selain daripada header, Rara juga mintak dia letakkan link n ikon facebook,twitter,and instagram kat tepi blog Rara ni... ce tengok..ce tengok...pastu klik. Okay selamat berkenalan :) 

Header tu... Perkenalkan...Rara tempah dengan Sheda Ucu putih gebu... Sheda ni memang amek tempahan buat header blog... or blog dari A sampai Z. mana2 pun boleh... 


Blog Mastura Rama2..Lalu rama2 pun terbang...

Cantik tak...? hehe. opppsss insan dalam gambar bersama gitar pinjam tu abaikan la k, kita tengah present pasal header ni. Jadi kalau sapa2 nak tempah header jugak, dengan harga yang sangat berpatutan boleh la contact Sheda Ucu deh... Bagitaw je apa header impian u all.... Sheda akan realisasikan dalam bentuk pengeditan yang ringkas tapi amat menarik. Kalau citarasa Rara sendiri, mudah aje, perlu ada ciri2 warna pink, tagline Lalu Rama2 pun terbang, background rama2,dan tulisan mesti berangkai..  Jadi, terserah kalian nak macam mana..ya ? :) 

Okay guys, jangan lupa hubungi Sheda Ucu untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.... ya... 

Facebook : Sheda Ucu



P/s : Sheda, Rara suka header tu, gambar tu kan, nampak mcm Rara duk dalam cermin magic Barbie.... hee. Tengkiu sayang,.

ok bye. Kite nak g sarapan, roomate dah tunggu. Tata :)

Wednesday, May 7, 2014

TANDA HIDUP TAK BERKAT

Assalamualaikum


Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja tapi tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan.

Salam Ukhuwah..~

Tuesday, May 6, 2014

EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal . (hehe)

Assalamualaikum

Entry copy and paste daripada ijaicool.blogspot . Agak pedas,penuh sindiran tapi lucuuuuuuuuu =P

Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000.


Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.

2) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?


3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.

5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

ini adalah entri parodi, pihak Fareeda dan Ariani tidak membayar saya. Well maybe they should...

********************************
Kawan saya ada jual tudung labuh, harga tudung dia, 'harga kita-kita je'. Tudung bidang labuh dengan harga RM20 lebih.... selalu tengok kat mana2 kedai or butik online x? Tak kan.... 
Alhamdulillah,. Dia kata keuntungan letak nombor dua, yang penting dia dapat ajak kawan2 dia serta sesiapa sahaja muslimah supaya pakai tudung tutup aurat dengan sempurna... dia pun ada suruh saya pakai. InsyaAllah dear......  :) 



One stop centre Shawl Halfmoon Labuh Bidang 50', 55' & 60'
Limited Edition Halfmoon Scarf
To Order : Pm Page

Thursday, April 17, 2014

10 Reasons Why Traveling Makes You A Better Person

Assalamualaikum


1. Learning to be alone.

Have lunch with yourself. Sit with your thoughts and be okay with them, whatever they are. Love yourself whole-heartedly, especially in times of solitude. And when you think you can’t sit alone any longer, order coffee and a dessert.

2. Relying on the kindness of strangers.

Foreignness does not prevent random acts of kindness. Accept them. Give them. Appreciate them.

3. Learning to live with less.

This does not mean claiming hardship. Let this manifest in small ways. Recognize your fortunes. Be humbled.

4. Learning that plans change and you will have to adapt.

Itineraries are guidelines, not rigid measurements of experience. The best experiences are often not scheduled or anticipated. Expect the unexpected and learn to love it.

5. Enjoying the moment.

Forget the missed bus and enjoy the culture that can be experienced in one hour waiting at a bus stop. Stay in the present.

6. Forces you out of your comfort zone.

Practice speaking that language you learned. Try the cow tongue. Make new friends.

7. Learning to be patient.

Don’t rush through the museum. Don’t rush through your meal. Don’t bounce your leg up and down or roll your eyes. Don’t yell at anyone for reading the map wrong and getting lost. Don’t worry, you’ll get there.

8. Learning you can’t assume. 

Try looking at things a different way. Ask questions. Let this open up a new realm of thought and possibility.

9. Missing home.

Appreciate family, friends, and loved ones. Appreciate the comfort of mundane routines. Find a new found respect for the life you often wish to escape.

10. Goodbye is not forever, life has endless possibilities. 

Family becomes more than just blood. Never say goodbye to the people you meet and the places you see. Cherish the new families and homes you’ve gained. Keep in touch and look back with fond memories from time to time.