Monday, July 6, 2015

Cara Mencerahkan Kulit Wajah secara Instant ! WHITESYNERGY PP MASK

Assalamualaikum


Tanpa bantuan filter gambar di instagram, sebenarnya  kulit kak Rara u olls ni tidak lah secerah yang disangka.  Aktiviti luar yang memerlukan pendedahan matahari yang terus membuatkan kulit saya semakin hari semakin gelap. Haaa. Yang ni lah kita panggil sunburn. Kalau dulu Rara ada share tips menghilangkan sunburn dengan menggunakan sumber alam semulajadi, kali ini Rara nak share 1 produk yang lagi senang, cepat, dan berkesan untuk tangani masalah kulit gelap atau terkena sunburn ni.

Al kisahnya, menyedari perubahan kulit yang semakin tan, saya tercari-cari produk yang boleh memutihkan kulit secara cepat dan mudah tanpa perlu mekap tebal, sehinggalah diperkenalkan dengan produk WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK oleh seseorang yang profesional. TQ Zyan :) 


Kini, WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK  ni dah jadi produk utama Rara untuk mencerahkan kulit muka. Yela teringin gak nak putih macam orang lain, kalau kulit putih, pakai apa pun nampak cantik. Huhu  =) 

WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK  ini HALAL dan diperbuat daripada bahan semulajadi, istimewanya ia telah dirumus khas secara moden untuk memudahkan kita menyimpan dan menggunakannya apabila diperlukan. Antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan PP MASK ini  ialah stem sel epal, stem sel oren, aloe vera dan the hijau. Selamat dan mesra alam bukan?

Fungsi/kegunaan PP MASK ini ialah untuk ;

-Memutihkan dan mencerahkan kulit
-   Menyegarkan wajah
-       Membuang whitehead dan black head
-       Mengurangkan pigmentasi
- membuang sel kulit mati

Di bawah adalah testimonial diri Rara sendiri ; 


 Sebelum,semasa,sesudah & siap ! Jom keluar.. tak payah mekap dah. 

Setiap individu akan mempunyai masalah kulit wajah masing-masing, termasuklah Rara sendiri. Kalau korang tengok dekat-dekat muka ni, akan terserlah lah whitehead dan blackhead yang ada ni… hehe. Memang masa mula-mula cuba pakai PP MASK ni, berharap sangat agar gel ni mampu tarik sekali kotoran-kotoran tersumbat di bahagian hidung dan pipi ni. Tak larat dah guna masker yang menyakitkan kulit sebelum ni. Alhamdulillah la harapanku tidak sia-sia. Selain daripada dapat ‘putih instant’ , dapat gak merasa licinnya haiii muka ni tanpa white and black head. Nyahhh kau ! Hehe.  PP Mask ni tak sakit bila tarik. 


Thank you WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK !


Berita baik, hari ni rezeki pembaca-pembaca sekalian. Sebab apa tau? Sebab...
Rara nak kongsi PP MASK milik Rara ni kepada 20 orang pembaca bertuah ! Setiap orang akan dapat sekeping PP MASK ini untuk dicuba dan kalian boleh lah turut sama bagi feedback di blog masing2 kalau sudi. Sudi-sudikanlah diri ya geng ! :)  Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan PP MASK percuma ni daripada Rara tau, sebab kalau beli ni... RM 18 tau. Barang baik, sesuailah dengan nilainya. Jadi, bagi yang berminat nak cuba PP MASK ni. Komen kat bawah nanti ya. Rara akan pos untuk u all. FREE. Yayyyy !
#REZEKIRAMADHAN #PUTIHDIHARIRAYA #PPMASK

Sebelum cuba, mari belajar cara menggunakan WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK :)

1.       Sapukan/oles gel  pada keseluruhan muka dan leher.
2.       Biarkan seketika dan tunggu sehingga kering (sekitar 1 jam atau kurang)
3.       Tanggalkan gel yang telah kering dengan menarik dari bahagian leher/dagu hingga ke atas
4.       Bilas dengan air bersih
5.       Rasai perbezaannya ! Kulit akan lebih putih, segar dan lembut
SEMUA NI UNTUK PEMBACA BERTUAH ! YAAA. AWAK LA :) 
Last picture. Selamat hari raya tak lama lagi, jangan lupa amalkan guna PP MASK dari sekarang so raya nanti sempatlah merasa kulit putih berseri.

Untuk pembelian, pertanyaan dan sebagainya, boleh lawati website ini ; 
facebook 

Sunday, July 5, 2015

Apa Khabar Kulit ku sayang?

Assalamualaikum

Tersenyum sorang-sorang bila menjawab soalan daripada diri sendiri ni. Apa khabar kulit ku sayang? Sebenarnya kalau nak dibandingkan kulit wajah saya yang dulu,dengan yang sekarang, ada banyak juga bezanya... Perbezaan itu datang dengan dua bentuk iaitu positif dan negatif.

Yang negatifnya, usia kulit semakin tua seiring dengan umur. Semakin banyak terdedah kepada matahari, kotoran asap, debu, dan sebagainya. Benda-benda ni secara tak langsung bagi kesan kulit kusam sebenarnya.

Positif side pula, parut di muka semakin pudar... parut jerawat zaman budak U hampir tidak kelihatan, jerawat yang acah-acah nak tumbuh pula cepat jer surut. Kalau hari ni naik sebijik, esok dah kecut u olls ! Lusa dah hilang tanpa tinggal parut pun. Alhamdulillah.

Korang mesti nak tahu kan produk apa lah yang Rara guna untuk mengelakkan masalah wajah ni? Nanti Rara akan cerita detail di entry seterusnya. Ini kira entry pendahuluan la dulu.

Kita tidak mampu nak menyekat penambahan usia, tapi kita boleh melambatkan proses penuaan kulit kita. Kan? Well nanti Rara akan perkenalkan kawan2 pembaca semua dengan produk yang Rara amalkan ni. Sementara itu korang berkenalan lah dulu melalui gambar di bawah :)




Nak berkenalan senyap-senyap dengan produk yang Rara guna ni, boleh terus intai laman web; http://www.livingjungle.com.my/ atau 

Untuk mengetahui keberkesanan  produk ini dengan lebih lanjut, tunggu Rara up entry seterusnya tau ! see you. 

Lirik Lagu Kun Anta

Assalamualaikum

Lama dah lagu Kun Anta ni viral, sejak tersebarnya video dubsmash seorang pak arab handsome miming dalam kereta. Huhu. Siapa yang viralkan video dia? Harusla awek. Youuu gediklah korang. Lalalalalaa.. :)

HIS NAME IS HUMOOD

Sedap lagu ni. Ada masa nanti nak lah nyanyi.

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)


Lirik nasheed di atas ðŸ‘†
Humud Al-Khudr ; Kun Anta, Jadilah Dirimu 

Monday, June 8, 2015

Sepetang bersama Putery Memory

Assalamualaikum

Tempoh hari, diizinkan Allah untuk ber-dating dengan kawan blogger Putery Memori. Rara kalau boleh nak panggil dia Riri, tapi tu lah. Gedik sangat la semua nama orang kau nak jadikan kosakata macam nama kau. Haha... :) Rara...Riri... Ruru..Roro... emmm buruk yang lain tu.

Rara panggil dia Mar. Cantik nama dia kan. Teringat planet Marikh.

Mar ni rupanya tinggi ! Patutla dia jadi model catwalk. Hehe. Cantik memang tak payah cakaplah. Tengok dia ;




Rupanya Mar ni adik lagi, ce teka berapa umur dia ? tettttttttttttt.
Ini lah kali pertama kami jumpa selepas beberapa tahun berkawan di facebook. Hehe. Walaupun ketinggian kami tidak sama, tapi ada jugak lah persamaan antara kami iaitu ;

Dia juga pelajar kaunseling. Eh sama la kita.. hehe.. Cuma bezanya, dia kaunselor terbuka. Rara kaunselor sekolah. *doakan kami cepat posting*
Hidup kaunselor !!

Beberapa minggu lepas si Mar ni ada masuk majalah mingguan wanita. Gigih kak Rara kau pegi beli majalah kat stesen minyak semata2 nak baca kisah dia. gitewww. #support . Tahniah Mar. Selamat maju jaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Ada masa jumpa lagi ya ;')

Lawat blog Mar 


Thursday, May 7, 2015

Cara menjaga kesihatan semasa musim panas

Assalamualaikum

Selepas musim banjir di pantai timur beberapa bulan yang lepas, negara menghadapi musim panas yang agak memberi kesan kepada kelangsungan aktiviti hampir setiap orang. Oleh itu, amat penting bagi semua orang untuk mengetahui cara untuk kekal sihat ketika musim panas ini. Al maklumlah, jika musim panas, semua orang mengalami kualiti kesihatan yang agak merosot seperti sakit kepala, sakit tekak, batuk-batuk dan sebagainya. Oleh sebab itu, semua orang perlu peka untuk menjaga kesihatan terutama di waktu yang kritikal ini.

Di sini Rara kongsikan cara untuk menjaga kesihatan semasa musim panas iaitu ;

1. Banyakkan minum air putih atau air suam
2. Minum minuman isotonik
3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar
4. Pakai topi atau payung
5. Buka kipas atau penghawa dingin
6. Pakai pakaian yang ringan,berwarna terang dan longgar
7. Tidak duduk di dalam kenderaan bertutup tanpa aircond
8. Pakai losyen pelindung UV SPF 30 ke atas
9. Kurangkan minum minuman kafien, alkohol dan bergula.