Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Saturday, September 5, 2015

Amaran buat yang ingin berkahwin bukan pada masanya

Assalamualaikum

Amaran ini dipetik daripada RUSYDEE ARTZ yaaaaa. Kite share jer :)
ehem-ehem !



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, September 2, 2015

Lemas .

Assalamualaikum

LEMAS

4 tahun ku mengapai tangan mencari tebing.
ramai yang membantuku
kucapai kiri kudapat ranting
kucapai kanan kudapat sayap

LEMAS

lemasku tak sendiri
dalam air ini kulihat kehidupan
dalam air ini juga kuhampir mati
kata hati ini sia-sia
kata misi ini kuncinya

LEMAS

aku dah hampir kepenghujungnya
masa itu sungguh cepat berlalu
untuk mereka..
baik itik ataupun manusia 
aku berterima kasih..


Ada itik

Depa x juai itik. 


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

TIPS BERKESAN MENCEGAH STRESS

Assalamualaikum

PT3,SPM,STPM kini menjelang tiba...apakah perasaan adik-adik semua ? Bagi mereka yang bekerja, sekarang sudah hujung-hujung tahun... mesti banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Disini kita nak bagi tips sikit. Tips apa?

Tips berkesan mencegah stress
1.      Buat senarai stress
Individu boleh mencuba untuk membuat senarai stress kemudian menyimpannya untuk beberapa minggu, dan senaraikan masa, tempat dan individu yang memburukkan lagi tahap stress anda. Jenisnya mungkin berbeza-beza. Stress mungkin boleh terjadi kerana kurangnya rehat, bebanan tugas dan perkara-perkara lain yang boleh mengakibatkan stress.

Apabila individu sudah mengetahui punca-punca stress, dua langkah ini boleh membantu iaitu :

·         Berkongsi masalah dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sebagainya kerana ia boleh membantu anda berjaga-jaga dengan mengenali benda yang menyebabkan anda berasa stress. Hanya melalui percakapan sahaja boleh menbantu individu menghilangkan stress.

·         Cara yang kedua ialah melalui teknik regangan yang dimana individu boleh melakukan regangan ketika menghadapi situasi yang tegang dan memaksa kita untuk mengambil bahagian. Sebagai contoh, apabila membuat regangan leher ketika mengalami kesesakan lalu lintas.
Cuba teknik regangan yang mudah seperti :
·         Tarik nafas sedalam yang boleh. Individu perlu mengambil nafas yang panjang secara perlahan-lahan dan menghembus nafas juga secara perlahan lahan. Lakukan secara fokus dan beberapa kali dan anda akan merasa lebih relaks.
·         Meregang dan merehatkan otot. Cuba memusing leher kekiri dan kanan mengikut keselesaan dan cuba untuk relaks. Rehatkan bahu dan otot belakang untuk beberapa saat dan rehat sepenuhnya.
Cuba cara mudah ini apabila anda berasa relaks dan jadikan ia sebagai rutin harian apabila berhadapan dengan stress.

2.      Regangan positif
Cari satu masa yang sesuai untuk rehat secara positif. Jangan tunggu sehingga anda berasa relaks. Individu perlu merancang aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa relaks seperti berendam di dalam air, duduk secara santai atau mendengar muzik. Cara ini boleh menjadikan hidup anda kembali menjadi normal. Sesetengah individu menyatakan bahawa pengambilan masa untuk antiviti rehat adalah berguna contohnya membuat yoga dan juga membuat senaman.

3.      Bercuti
Cuba untuk mencuri masa anda untuk pergi bersiar-siar ataupun bercuti bersama keluarga. Apa yang anda perlukan ialah mulakan hari dengan permulaan yang baik. Masa bercuti merupakan masa yang amat sesuai untuk merancang hari anda dan bersedia untuk untuk memulakan hari tanpa tergesa-gesa. Jangan biarkan sesiapa menggangu hari cuti anda.

4.      Senaman
Ramai yang bersetuju bahawa senaman boleh mengurangkann stress selain dapat menyihatkan badan dan juga mencegah penyakit. Sebarang senaman adalah baik tetapi cuba merancang untuk sekurang-kurangnya 30 minit untuk masa senaman lima kali seminggu. Bagi individu yang tidak biasa bersenam, mereka boleh bermula dengan berjalan dengan pantas. Tambahan lagi, dengan senaman dapat menyelesaikan masalah sukar tidur malam.

5.      Rokok dan alkohol?
Jangan diperdayakan dengan percaya merokok dan minum arak akan membantu menghilangkan stress. Pada jangka masa panjang, ia tidak membantu. Miinum arak untuk menghilangkan stress selalunya akan menyebabkan individu menjadi pemabuk tegar.

6.      Hobi
Ramai orang mendapati bahawa hobi yang di mana tiada tamat tempoh, tiada tekanan dan boleh diambil dan dibuang sesuka hati dan juga boleh menghilangkan stress seperti sukat, mendaki gunung, mendengar music dan juga membaca buku.

7.      Rawatan
Jika mendapati bahawa stress anda sudah menjadi teruk dan sukar untuk diatasi, jumpa doktor jika ianya menjadi lebih teruk. Rawatan lanjut seperti menjalani kaunseling atau pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan.

Kesimpulannya, individu perlu bijak menguruskan stress mereka. Pencegahan yang baik juga perlu untuk mengelakkan masalah terutamanya masalah berkaitan kesihatan mental. Individu perlu mengenali diri sendiri kerana kadang kala kita sendiri tidak sedar bahawa kita mengalami stress walaupun badan kita telah memberi tindak balas.



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Thursday, August 27, 2015

Sabah bha.

Sabah bha...


Alhamdulillah impian Rara sejak bangku sekolah dah pun tercapai. Tarikh 17 ogos 2015  adalah hari lapor diri di Kuala Lumpur dan 19 ogos 2015 pula merupakan hari lapor diri di sekolah yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Berkhidmat di negeri bawah bayu Sabah SMK P merupakan sekolah pertama aku dipostingkan selepas setahun menunggu panggilan ini.

Teringat zaman sekolah dulu, Rara pernah gagal dalam mata pelajaran yang kurang diminati. Namun semua itu bukan alasan untuk terus tunduk pada kegagalan itu.


Kita tidak pernah gagal,Cuma kita temui jalan yang salah untuk berjaya.

                      Mari sama-sama kita betulkan !        



~Kerana kita begitu berharga ~


Bagaimana saya boleh membantu anda?
-Bimbingan Individu
-Bimbingan Kelompok
-Kaunseling Individu
-Kaunseling Kelompok
-Kemahiran Belajar
- Inventori

-Mengadakan program yang bersesuaian

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Monday, July 6, 2015

Mekap | Wajah Cerah Sekata dengan COLLAGEN CC CREAM - Raily Cosmetic

Assalamualaikum

Pernah tak korang (pembaca wanita) berdiri seketika di meja mekap, depan cermin, merenung alat mekap dan keliru untuk pakai mekap yang mana 1 ?? Pernah tak.... jeng3... Orang kata, perempuan ni jenis yang blur-blur sikit bab membuat pilihan, haha. Walaupun tak semua wanita blur, salah seorang yang blur itu adalah saya ! Lalalaa.. 

Contohnya kan, hari ini kena keluar jumpa customer. Lepas jumpa customer nak photoshoot tudung. Lepas photoshoot tudung nak jumpa kawan lama, so nak selfie banyak2. Ada 3 'event' hari ini. Maka, pening lah aii nak mekap jenis mana ni?? Bagi seorang yang blur, mekap yang paling sesuai adalah natural mekap ! Haha... Natural mekap ni paling selamat dikenakan. Tak over dan tak selekeh. Rilek-rilek sahaja... 


Sejak ada CC CREAM RAILY COSMETIC ini, memang  setiap kali nak mekap, Rara akan pakai cc cream ni. Jujur sejujur jujurnya, sejak guna cream ini, Rara tak lagi pakai foundation. Bedak pun tak pakai. 
Kalau awak-awak nak tahu, CC CREAM ni stands for collagen cream.. Dalam cream ni ada kolagen yang membantu untuk ; merawat kulit wajah dari dalam, menganjalkan kulit wajah, 
menutup cela dan pigmentasi di wajah, dan lain-lain lagi u all boleh baca di website di bawah :)


atau hubungi 
Dyah Mia
+6011 3295 8062
+6017 903 2179

As for myself, sejak Rara guna cream ni, perubahan yang Rara dapat lihat antaranya ; 
- Kulit semakin cerah dan pinkish 
- Kulit muka jadi lembut dan anjal,
- Parut jerawat jadi pudar 
- Kulit muka lembap dan tidak kering lagi...

Tapi kejap.. Mula-mula masa Rara cuba pakai cream ni, tak selesa sangat. Rasa macam 'mekap cair' ! Tapi rupa-rupanya bukan salah cream ni. Sebab hakak yang tak pandai pakai. Haha. Ok adik-adik. Ni kak Rara nak ajar cara pakai cc cream Raily Cosmetic.. 
1. Picit krim ke jari atau span 
*Tidak perlu banyak, sedikit sahaja sudah cukup* 
2. Sapu pada zon T atau mana-mana ikut kesesuaian masing-masing 
3.Sapu rata-rata seluruh muka dan leher jika mahu. 

Pointnya disini, cream ni pakai sikit sahaja dah elok :) kemain masa mula-mula pakai putih melepak, silap tu... pakai ala kadar je, hasilnya luar biasa, Natural ! Lagi satu, Rara perasan cream ni makin lama makin glowing... tak macam cream lain makin lama makin comot.. alalalalaaa. ala sayang...Selain itu, Krim ni halal dan tak ada merkuri.. usah bimbang tentang itu..ya..

Kalau kita pakai cream lain macam krim siang,bedak yang dibasahkan dengan span, atau foundation, kita dapat rasa kat muka kita yang kita ni kasar sebab lapisan mekap kita.. Tapi kalau cc cream ni, rasa smooth je.. rasa macam tak pakai apa-apa..malah, bila sentuh kulit, boleh rasa lembutnya haiii... ni kalau dah bersuami ni kompem encik suami puji setiap hari. Opppps. =P 
Tanpa foundation,bedak,conclear atau sebagainya.. hanya cc cream sahaja :) 
*lipstik & eyebrow kategori lain ya*

Last picture, di bawah adalah perbezaan tak pakai krim dengan pakai krim CC CREAM 

Picture ni tak di'filter' kan. Memang bila pakai cream jadi cerah la kulit. Tak nampak kusam dah :) 

Berminat ? 

atau hubungi  Dyah Mia
+6011 3295 8062 |  +6017 903 2179

Jemput LIKE FB RailyCosmetic untuk mendapatkan info terbaru dan harga promosi ya !
Selamat mencuba 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts