Niche blog : Education, Motivation, Psychology, Hijab Fashion, Paid Review & Partnership.
Saturday, September 5, 2015
Wednesday, September 2, 2015
Lemas .
Assalamualaikum
LEMAS
4 tahun ku mengapai tangan mencari tebing.
ramai yang membantuku
kucapai kiri kudapat ranting
kucapai kanan kudapat sayap
LEMAS
lemasku tak sendiri
dalam air ini kulihat kehidupan
dalam air ini juga kuhampir mati
kata hati ini sia-sia
kata misi ini kuncinya
LEMAS
aku dah hampir kepenghujungnya
masa itu sungguh cepat berlalu
untuk mereka..
baik itik ataupun manusia
aku berterima kasih..
4 tahun ku mengapai tangan mencari tebing.
ramai yang membantuku
kucapai kiri kudapat ranting
kucapai kanan kudapat sayap
LEMAS
lemasku tak sendiri
dalam air ini kulihat kehidupan
dalam air ini juga kuhampir mati
kata hati ini sia-sia
kata misi ini kuncinya
LEMAS
aku dah hampir kepenghujungnya
masa itu sungguh cepat berlalu
untuk mereka..
baik itik ataupun manusia
aku berterima kasih..
Ada itik
Depa x juai itik. |
TIPS BERKESAN MENCEGAH STRESS
Assalamualaikum
PT3,SPM,STPM kini menjelang tiba...apakah perasaan adik-adik semua ? Bagi mereka yang bekerja, sekarang sudah hujung-hujung tahun... mesti banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Disini kita nak bagi tips sikit. Tips apa?
PT3,SPM,STPM kini menjelang tiba...apakah perasaan adik-adik semua ? Bagi mereka yang bekerja, sekarang sudah hujung-hujung tahun... mesti banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Disini kita nak bagi tips sikit. Tips apa?
Tips berkesan mencegah stress
1. Buat senarai stress
Individu boleh mencuba
untuk membuat senarai stress kemudian menyimpannya untuk beberapa minggu, dan
senaraikan masa, tempat dan individu yang memburukkan lagi tahap stress anda. Jenisnya
mungkin berbeza-beza. Stress mungkin boleh terjadi kerana kurangnya rehat,
bebanan tugas dan perkara-perkara lain yang boleh mengakibatkan stress.
Apabila individu sudah
mengetahui punca-punca stress, dua langkah ini boleh membantu iaitu :
·
Berkongsi masalah dengan rakan-rakan,
ahli keluarga dan sebagainya kerana ia boleh membantu anda berjaga-jaga dengan
mengenali benda yang menyebabkan anda berasa stress. Hanya melalui percakapan
sahaja boleh menbantu individu menghilangkan stress.
·
Cara yang kedua ialah melalui teknik
regangan yang dimana individu boleh melakukan regangan ketika menghadapi
situasi yang tegang dan memaksa kita untuk mengambil bahagian. Sebagai contoh,
apabila membuat regangan leher ketika mengalami kesesakan lalu lintas.
Cuba teknik regangan
yang mudah seperti :
·
Tarik
nafas sedalam yang boleh. Individu perlu mengambil nafas yang panjang secara
perlahan-lahan dan menghembus nafas juga secara perlahan lahan. Lakukan secara
fokus dan beberapa kali dan anda akan merasa lebih relaks.
·
Meregang
dan merehatkan otot. Cuba memusing leher kekiri dan kanan mengikut keselesaan
dan cuba untuk relaks. Rehatkan bahu dan otot belakang untuk beberapa saat dan
rehat sepenuhnya.
Cuba cara mudah ini
apabila anda berasa relaks dan jadikan ia sebagai rutin harian apabila
berhadapan dengan stress.
2. Regangan positif
Cari satu masa yang
sesuai untuk rehat secara positif. Jangan tunggu sehingga anda berasa relaks.
Individu perlu merancang aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa relaks
seperti berendam di dalam air, duduk secara santai atau mendengar muzik. Cara
ini boleh menjadikan hidup anda kembali menjadi normal. Sesetengah individu
menyatakan bahawa pengambilan masa untuk antiviti rehat adalah berguna
contohnya membuat yoga dan juga membuat senaman.
3. Bercuti
Cuba untuk mencuri masa
anda untuk pergi bersiar-siar ataupun bercuti bersama keluarga. Apa yang anda perlukan ialah mulakan hari dengan
permulaan yang baik. Masa bercuti merupakan masa yang amat sesuai untuk
merancang hari anda dan bersedia untuk untuk memulakan hari tanpa tergesa-gesa.
Jangan biarkan sesiapa menggangu hari cuti anda.
4. Senaman
Ramai yang bersetuju
bahawa senaman boleh mengurangkann stress selain dapat menyihatkan badan dan
juga mencegah penyakit. Sebarang senaman adalah baik tetapi cuba merancang
untuk sekurang-kurangnya 30 minit untuk masa senaman lima kali seminggu. Bagi individu yang tidak biasa bersenam, mereka boleh
bermula dengan berjalan dengan pantas. Tambahan lagi, dengan senaman dapat
menyelesaikan masalah sukar tidur malam.
5.
Rokok dan alkohol?
Jangan diperdayakan dengan percaya merokok dan minum arak akan membantu
menghilangkan stress. Pada jangka masa panjang, ia tidak membantu. Miinum arak
untuk menghilangkan stress selalunya akan menyebabkan individu menjadi pemabuk
tegar.
6.
Hobi
Ramai orang mendapati bahawa hobi yang di mana tiada tamat tempoh, tiada
tekanan dan boleh diambil dan dibuang sesuka hati dan juga boleh menghilangkan
stress seperti sukat, mendaki gunung, mendengar music dan juga membaca buku.
7.
Rawatan
Jika mendapati bahawa stress anda sudah menjadi teruk dan sukar untuk
diatasi, jumpa doktor jika ianya menjadi lebih teruk. Rawatan lanjut seperti
menjalani kaunseling atau pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan.
Kesimpulannya, individu perlu bijak menguruskan stress
mereka. Pencegahan yang baik juga perlu untuk mengelakkan masalah terutamanya
masalah berkaitan kesihatan mental. Individu perlu mengenali diri sendiri
kerana kadang kala kita sendiri tidak sedar bahawa kita mengalami stress
walaupun badan kita telah memberi tindak balas.
Thursday, August 27, 2015
Sabah bha.
Sabah bha...
Alhamdulillah impian Rara sejak bangku sekolah dah pun tercapai. Tarikh 17 ogos 2015 adalah hari lapor diri di Kuala Lumpur dan 19 ogos 2015 pula merupakan hari lapor diri di sekolah yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Berkhidmat di negeri bawah bayu Sabah SMK P merupakan sekolah pertama aku dipostingkan selepas setahun menunggu panggilan ini.
Teringat zaman sekolah dulu, Rara pernah gagal dalam mata pelajaran yang kurang diminati. Namun semua itu bukan alasan untuk terus tunduk pada kegagalan itu.
Alhamdulillah impian Rara sejak bangku sekolah dah pun tercapai. Tarikh 17 ogos 2015 adalah hari lapor diri di Kuala Lumpur dan 19 ogos 2015 pula merupakan hari lapor diri di sekolah yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Berkhidmat di negeri bawah bayu Sabah SMK P merupakan sekolah pertama aku dipostingkan selepas setahun menunggu panggilan ini.
Teringat zaman sekolah dulu, Rara pernah gagal dalam mata pelajaran yang kurang diminati. Namun semua itu bukan alasan untuk terus tunduk pada kegagalan itu.
Kita tidak pernah gagal,Cuma kita
temui jalan yang salah untuk berjaya.
Mari sama-sama kita
betulkan !
~Kerana kita begitu
berharga ~
Bagaimana saya boleh membantu anda?
-Bimbingan
Individu
-Bimbingan
Kelompok
-Kaunseling
Individu
-Kaunseling
Kelompok
-Kemahiran
Belajar
- Inventori
-Mengadakan
program yang bersesuaian
Monday, July 6, 2015
Mekap | Wajah Cerah Sekata dengan COLLAGEN CC CREAM - Raily Cosmetic
Assalamualaikum
Pernah tak korang (pembaca wanita) berdiri seketika di meja mekap, depan cermin, merenung alat mekap dan keliru untuk pakai mekap yang mana 1 ?? Pernah tak.... jeng3... Orang kata, perempuan ni jenis yang blur-blur sikit bab membuat pilihan, haha. Walaupun tak semua wanita blur, salah seorang yang blur itu adalah saya ! Lalalaa..
Contohnya kan, hari ini kena keluar jumpa customer. Lepas jumpa customer nak photoshoot tudung. Lepas photoshoot tudung nak jumpa kawan lama, so nak selfie banyak2. Ada 3 'event' hari ini. Maka, pening lah aii nak mekap jenis mana ni?? Bagi seorang yang blur, mekap yang paling sesuai adalah natural mekap ! Haha... Natural mekap ni paling selamat dikenakan. Tak over dan tak selekeh. Rilek-rilek sahaja...
Sejak ada CC CREAM RAILY COSMETIC ini, memang setiap kali nak mekap, Rara akan pakai cc cream ni. Jujur sejujur jujurnya, sejak guna cream ini, Rara tak lagi pakai foundation. Bedak pun tak pakai.
Kalau awak-awak nak tahu, CC CREAM ni stands for collagen cream.. Dalam cream ni ada kolagen yang membantu untuk ; merawat kulit wajah dari dalam, menganjalkan kulit wajah,
menutup cela dan pigmentasi di wajah, dan lain-lain lagi u all boleh baca di website di bawah :)
atau hubungi
Dyah Mia
+6011 3295 8062
+6017 903 2179
+6011 3295 8062
+6017 903 2179
As for myself, sejak Rara guna cream ni, perubahan yang Rara dapat lihat antaranya ;
- Kulit semakin cerah dan pinkish
- Kulit muka jadi lembut dan anjal,
- Parut jerawat jadi pudar
- Kulit muka lembap dan tidak kering lagi...
Tapi kejap.. Mula-mula masa Rara cuba pakai cream ni, tak selesa sangat. Rasa macam 'mekap cair' ! Tapi rupa-rupanya bukan salah cream ni. Sebab hakak yang tak pandai pakai. Haha. Ok adik-adik. Ni kak Rara nak ajar cara pakai cc cream Raily Cosmetic..
1. Picit krim ke jari atau span
*Tidak perlu banyak, sedikit sahaja sudah cukup*
2. Sapu pada zon T atau mana-mana ikut kesesuaian masing-masing
3.Sapu rata-rata seluruh muka dan leher jika mahu.
Pointnya disini, cream ni pakai sikit sahaja dah elok :) kemain masa mula-mula pakai putih melepak, silap tu... pakai ala kadar je, hasilnya luar biasa, Natural ! Lagi satu, Rara perasan cream ni makin lama makin glowing... tak macam cream lain makin lama makin comot.. alalalalaaa. ala sayang...Selain itu, Krim ni halal dan tak ada merkuri.. usah bimbang tentang itu..ya..
Kalau kita pakai cream lain macam krim siang,bedak yang dibasahkan dengan span, atau foundation, kita dapat rasa kat muka kita yang kita ni kasar sebab lapisan mekap kita.. Tapi kalau cc cream ni, rasa smooth je.. rasa macam tak pakai apa-apa..malah, bila sentuh kulit, boleh rasa lembutnya haiii... ni kalau dah bersuami ni kompem encik suami puji setiap hari. Opppps. =P
Tanpa foundation,bedak,conclear atau sebagainya.. hanya cc cream sahaja :)
*lipstik & eyebrow kategori lain ya*
Last picture, di bawah adalah perbezaan tak pakai krim dengan pakai krim CC CREAM
Picture ni tak di'filter' kan. Memang bila pakai cream jadi cerah la kulit. Tak nampak kusam dah :)
Berminat ?
Visit www.railycosmetic.com
atau hubungi Dyah Mia
+6011 3295 8062 | +6017 903 2179
+6011 3295 8062 | +6017 903 2179
Jemput LIKE FB RailyCosmetic untuk mendapatkan info terbaru dan harga promosi ya !
Selamat mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum Mari bersama2 saya esok lepas kelas ko kurikulum (kalau sape2 yang ada la) Jumpa Fara Fauzana yang gelak x senonoh tu heh...
-
Assalamualaikum semua.. :) Kalau ada insan2 kiut yg selalu mengikuti blog rama2 nie,kalian pasti ingat lg yg i ada citer yg i jadi fasi...