Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Sunday, November 1, 2015

Tempat Makan Menarik di Sipitang, Sabah

Assalamualaikum

Nak cerita pada readers, tempat pertama saya jalan-jalan bila dipostingkan di Sabah ni. Esplanade Sipitang ! Perjalanan dari KP ke Sipitang adalah lebih kurang 45 minit. KP stands for K**** P**** okay. Haiii malas la nak eja penuh nama KP ni, sebab nak elak orang KP google lepas tu jumpa blog ni secara langsung. Hahahaaa. Privacy la konon. 

Thanks Iman sebab ajak saya masuk geng. Jadi inilah kawan-kawan saya kat sini.

Esplanade Sipitang ni terletak di pekan Sipitang. Sangat senang nak cari sebab pekan dia kecil sahaja. Kalau korang ada dengar kawan-kawan nak pegi Sipitang, confirm nak pegi Esplanade  la tu. Makan sate. 
Dua jejaka kat belakang tu Ustaz Kerol dan Ustaz Din. Dorang je la kawan lelaki saya kat sini. Kui3. So, kepada cik abam saya nun jauh di semenanjung tuh... Nothing to worry okay. Mereka baik, kelakar dan islamik. Al-maklumlah, ustaz. Tiap kali lepas baca doa makan, mereka akan bacakan juga doa dipercepatkan kawen. Aminnnn... Hehe first time ni saya berkawan dengan golongan ustaz. Hee. Syukur.



Dua wanita ayu dan sopan ini pula teacher Iman dan Ustazah Yani. Dorang ni kategori gadis Kelantan yang pandai masak. Tak macam haku. Haha.. Iman juga merangkap housemate saya. Dia famous kat daerah ni. Tengok kereta saja pun dah tahu itu Iman. Kalau tak silap mereka berempat ni dah lebih kurang 3 tahun posting di daerah KP. Terima kasih korang sebab bawak saya kenal-kenal tempat kat sini. 

Kat Sipitang ni makanan yang best adalah Sate dia. Kalau pegi sana nanti anda akan lihat berderet-deret restoren dan gerai yang jual sate dan makanan lain. Pandai-pandailah pilih ek. Hehe. 



 Salah 1 piring sate yang kami order. 4 bintang ! 


Biasa kita makan sate dengan nasi himpit kan, tapi kat sini kita makan dengan. dengan. dengan pedia taktau orang panggil? Amende wei nasik dalam daun kelapa yang dianyam tu? 

Lagi satu yang menarik bagi saya lah, dia punya gelas... besarnya ! haha... Lagi besar dari yang korang tengok dalam gambar ini :) Apa-apapun, saya enjoy makan disini. View cantik, tempat bersih, kalau pegi petang-petang lagi seronok sebab lebih teduh. Till we meet again, adios.





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, October 31, 2015

Wednesday, October 28, 2015

Pujangga Kata untuk Sahabat

Assalamualaikum

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.

Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan..

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran..

Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, walau di mana pun berada :)

Thanks korang ! Miss you all. See you soon darls . 




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Rindu Kelate.

Assalamualaikum

Hati girang sejak dua menjak ni. Mana tak nya, cuti persekolahan bakal menjelma. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa kerja tambahan atau kerja luar bidang, dapatlah balik pada hari yang dicadangkan. Doa-doakanlah ya.

Tiket flight dari KK ke KL then KL ke KB dah beli dah. Beres semua. TQ Kak Tia tolong uya :)

Naik Malindo jer i olls ni... yang paling mampu. Ekekekekee. Orang kata posting di SS ni untungla, banyak elaun. Tapi ada elaun pun guna untuk beli tiket ni ngekkk. Kikiiiii. Bak kata Amran Fans, jilake...

Bila rindu kelate menjelma, mula lah belek-belek album lama. Album dalam folder. Hehe.
Rindunya !
Dah lama tak makan tomyam ala2 siam ni.. Sini tak ada... hee. Maybe ada tapi belum pernah pergi lagi.

Ok bye ! Saja update blog walaupun tak ada info ni.



 Throwback sikit gambar poyo di Pantai Cahaya Bulan, 

Rindu jugak dengan si bulus ni. Meow ni along punya. 




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, October 17, 2015

Two years ago

Assalamualaikum

Godek-godek lappy malam ni, terjumpa gambar-gambar dua tahun lepas. Gambar bersama Lela... masa ni kami tengah tunggu bas untuk balik ke rumah sewa selepas sejam di pasar malam :) Macam tu lah life semasa menjadi pelajar UPSI dulu. Masa ni kami tak ada kenderaan sendiri lagi, jadi pengangkutan utama adalah bas, kedua adalah teksi, dan ketiga adalah kereta skandal. Emmm. haha 

Rindu zaman belajar. Tapi tak rindu saat buat assignments dan thesis ok. 


 Semoga persahabatan kita kekal sampai tua. Heee. 



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts