Monday, July 25, 2016

Cincin Mahkota / Crown Ring

Assalamualaikum

Hari tu viral pasal cincin bentuk mahkota ni kan.. Cantik sangat.. sekali tengok terus Rara jatuh cinta terhadap design crown ni.. So bagitaw suami nak cincin macam ni satu yunk..... huhu mengade.. mcm la xleh beli sendiri. So balik KL nanti  nak g cari cincin ni.. yayyyy ! Anggap la cincin sempena hari raya haji pulak.

Buh kat sini dulu gambar cincin-cincinnya supaya senang nak rujuk bila memerlukan nanti. Jemput tengok.. cantik kan ?? =P














Wednesday, June 29, 2016

Life changes.

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas ada seorang wartawan ni contact Rara, dia tanya pasal blogger.. Bagai satu tamparan manja la buat diriku sebab tika tu jugak baru terlintas omaigod lamanya i tak update blog ! Haha.. omg.. Bukan ke sewaktu ketika dulu aku pernah menyerlah dalam bidang blogger sampai masuk newspaper bagai... haha..

Oh Allah, how life changes..

Well itu cerita lama la zaman-zaman baru nak up dulu. Pejam celik pejam celik dah lebih kurang setahun jugak la blog aku ni sepi... sepi dan sendiri aku menyendiri..  Sekarang ni ekceli Rara dah 26 years old, married, dan bekerja. Fokus terkini adalah kerja !! Honestly teringin gak nak ber-blog balik tapi bila mengenangkan banyak lagi keje yang perlu dibuat, blog hanya tinggal di google je tanpa kasih sayang pemiliknya.. hehe..

Tapi one day, bila kemahiran kerja hakiki Rara dah meningkat,cekap, dan berada di prestasi cemerlang, insyaAllah Rara akan kembali ber-blog dan berkongsi apa yang perlu dikongsi.. Dalam setahun dua ni Rara masih nak tambah ilmu dalam bidang kerja Rara dan nak fokus belajar untuk membimbing anak-anak bangsa yang diamanahkan ni. Blog ni nanti Rara update sekali sekala ikut mood. Impian Rara setakat ni nak 'educated'kan sikit blog ni. Biar bila orang baca, orang dapat ilmu. Bila orang dapat ilmu, aku dapat pahala hehe.

Kat bawah ni gambar anak buah Rara... Rara belum pregnant lagi so jangan expect secepat itu hehe. Rindu Shasha Rina ( Wan Adriana Alawiyah ) A very good girl... susah nak dengar dia nangis or berwajah muram. Muka dia sentiasa dalam memek 'natural' that's why i love her so much.



Selamat meneruskan ibadah puasa & selamat menyambut hari raya yang akan datang :)

Saturday, January 30, 2016

9 Tanda Hati Yang Mati

Assalamualaikum

Sekali sekala mari kita muhasabah diri... kadang-kadang kita tak perasan iman kita turun naik.. Sementara masih ada umur dan peluang ni. Hidupkan hati kita ! Pesanan untuk diri sendiri :')



Jalan- jalan di Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Gais hari tu aku pegi Tanjung Aru.. Yatt bawak.
Aku tumpang tido kat rumah dia sebelum naik flight kat KK....Besar rumah yatt. hehe. Thanks Yatt sebab tumpangkan Rara. Kalau yatt tak ada, entah di mana laa nak menumpang kasih :')

Kebetulan masa tu di Tanjung Aru tengah ada program tau. Program sayangi hidupan lain la kot.. Motif ; Jaga kebersihan laut supaya hidupan laut tidak terancam. Seronok dan cantik tempat ni. Menarik kan Kota Kinabalu,tengah-tengah kota raya kau akan jumpa pantai...





My favourite k-pop shoes ! Almost RM100 di internet. Beli kat KBMALL, 25 hengget je nok :) 

Di sebabkan pakai kasut k-pop tu, aku mampu capai hujung payung ni. Hee



TQ Yatt.
Rasanya ada lagi gambar kitorang..tapi malas pulak nak godek-godek dalam folder tu.. So tak apa lah..janji blog ni ada update sekali sekala. Huuu. Bye gais. Sehingga kita berjumpa lagi. Salam..

Tuesday, November 17, 2015

Ways to take a break

Assalamualaikum


Alhamdulillah, tak lama lagi cuti sekolah. Walaupun masih sibuk dengan meeting plan takwim, perancangan strategik, taktikal, operasional dan blablabla, sekurang-kurangnya tidak lah sesibuk yang sebelum ni. 

Pensyarah saya pernah kata, nak tengok level sibuk orang tu, kita tengok dia sempat makan ke tidak. Kalau tak sempat makan, memang sibuk. Hmmm, saya pernah tu sibuk level tu. 2 minggu sibuk dengan program dan hal-hal UBK lepas tu saya sakit sampai kena ke hospital bagai. Kahkahkah padan muka. 

Disebabkan trauma dengan rasa sakit yang lain macam tu, kini saya telah menjadi seorang yang menjaga waktu makan. Sebelum pergi sekolah atau lepas punch card, saya terus makan kecuali ada program yang sebelum jam 7 tu. Slot bersama kaunselor gitu. Kemudian, balik sekolah terus masak untuk lunch tak kira la penat atau pun tidak. Janji kena makan ! 

Saya sendiri pun ada definisi sibuk.

''Kalau sehari tak selfie langsung tu, memang sibuk betul lah tu'' Huhu.

So dibawah ini ada 50 cara untuk berehat.

Sumber ; fb