Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Sunday, November 19, 2017

Majlis Badudun 2017

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku tinggalkan negeri Sabah, my first love. 
Kenapa first love? Sebab itulah sekolah pertama aku dipostingkan menjadi seorang guru. Hehe. So macam anak-anak murid di sana pun jadi my first love, begitu juga pengetua, pentadbir, rakan-rakan guru, rakan-rakan staff, semua mereka adalah my first love. 

Istimewanya negeri Sabah, selain daripada pulau-pulaunya yang super duper indah, pastilah kepada bahasa dan loghatnya yang sentiasa meniti di bibir mereka. Langsung mereka ndak mau cakap semenanjung sama aku ohh. Hihi. Salah satu peristiwa menarik yang aku sempat sertai semasa mengajar di sana adalah Majlis Badudun sempena perayaan hari guru 2017. 

Sengaja aku highlight-kan nama badudun ni supaya one day kalau budak2 cari definisi badudun, mereka jumpa definisi itu di blog aku ni. Hehe. Hi readers ! :) 

Badudun
Definisi : Berkumpul bersama - melawat - berziarah - berjalan 

Sumber : My best friend Nurul Atiqah Karim, Bisaya girl. Kampung Kerukan, Kuala Penyu Sabah

Tetiba je kan aku hari ni tulis pasal Sabah.. hehe.. rindu lettewwwwww...


Throwback

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Post a Comment

Popular Posts